Pages

Friday, April 2, 2010

SYURGA DUNIA

Sekarang dunia dianggap syurga bagi mereka yang tidak mempunyai agama. Bukan tiada sebetulnya, tetapi ada cuma tidak ambil tahu dan tidak mengikuti apa yang harus dilakukan. Bagi mereka yang katakan mereka alim dan kuat agama, adakah mereka betul-betul ada akan semua perkara yang harus mereka ada untuk menyatakan bahawa mereka itu kuat agama dan dari golongan yang alim? Ada sesetangah golongan atau kumpulan di negara kita ni melakukan aktiviti keagamaan secara berkumpulan atau berjemaah. Mereka katakan mereka dari golongan orang-orang yang mendapat redha dan restu, tapi siapa mereka yang boleh mengadili diri mereka sendiri? Kuatkah pegangan agama mereka jika begitu? Ada juga mereka yang menjadikan masjid sebagai tempat tinggal, disamping mereka melakukan ibadat. Tidak salah. Betul apa yang mereka lakukan dan memang itulah sunnah Rasul kita. Masjid dijadikan tempat mengeratkan silatulrahim, tempat pendidikan, tempat berkumpul, tempat beribadat. Tetapi aku tertanya-tanya, bagaimana mereka ini boleh beribadat dalam keadaan sebegitu. Maksud aku, masjid tidak dijaga, baju dan kain yang dibasuh diletak dan di ampaikan di tembok-tembok. Pada anda, apakah pandangan orang luar yang datang ke negara kita? Usah pikir tentang orang luar, cuma pikirkan, apa pandangan dan tanggapan pengganut agama lain bila melihat keadaan seperti itu? Bagi aku, kita yang mahu beribadat ini hendaklah menjaga adap ketika di runah ALLAH itu. Jangan tempat suci seperti itu dijadikan tempat tinggal yang nampak terbiar dan buruk dari pandangan orang ramai. Bukankah islam telah menyatakan KEBERSIHAN ITU PENTING. Apakah cukup jika kita cuma bersih tubuh badan dan tidak pada tempat yang kita beribadat. Cukupkah? Islam itu suci, jangan kita cemarkan dengan adat dan perangai kita yang lalai sebagai manusia.

No comments:

Post a Comment