Cinta. Itullah permulaan yang aku tahu. Eh, jap-jap ar. Aku nk piker jap. Aku nk start dari aku sekolah dlu. Ha, baru menarik betul tak.
Benda ni start dari aku form 5 lagi. Aku berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama bidadari cinta. Perkenalan kami bukanlah disengajakan, tapi secara tak sengaja. Nak jadikan cerita, aku dan si dia ni jatuh cinta dan bercinta. Aku amat cintakan dia. Dan begitu juga dengan dirinya. Aku tahu, dia amat cintakan diriku.
Setelah tamat persekolahan dan aku kini belajar di salah sebuah intitusi pengajian tinggi di Negara ini,, dia mengambil keputusan untuk membawa ku berjumpa dengan keluarganya. Aku dalam hati ni punyalah berdebar. Faham-faham la aku nk jumpa dengan family perempuan yang aku cintai. Aku takut akan apa keputusan yang akan dikatakan oleh familynya. Maklumlah, dia ni anak orang berada. Sedangkan aku cuma anak seorang penoreh.
Petang itu, dia datang dan menjemput aku. Dalam perjalanan tu, dai bertanya pada aku. “napa ni syg, awak takut ker?”. Ish, tanya lagi minah ni. Sah-sah la aku takut. “er, tak la, nak takut apa pulak. Kan nk keluarga awak akan jadi keluarga saya jugak.”. aku cuba menenangkan diri aku sendiri yang tak tenang-tenang.
Sekarang, kami dah sampai dirumahnya. Kereta meluncur perlahan kedalam ruang letak kereta. Aku melucutkan tali pinggan keselamatan dari tubuhku. Pintu kereta aku kuak perlahan terbuka. Di pintu rumah, kelihatan seorang lelaki, bermisai, bertubuh tegap memerhati setiap gerak ku. Mungkin itu bapanya. Belum sempat aku nak bertanya, bidadari cinta pun memperkenalkan lelaki itu kepada ku. “Awak, ini papa saya.”. aku menghulurkan tangan. Tapi salamku itu tidak disambut. ‘ah, apakah ini petanda bahawa sesuatu yang aku takuti akan terjadi’.
Aku lihat, bidadari cinta Cuma menundukkan kepala dan tidak berkata apa-apa. Dia menarik tanganku untuk masuk kedalam rumah. Aku cuma menurut. Didalam hati ini hanya tuhan yang tahu, betapa malu aku tadi. Aku cuba untuk bersabar kerana aku sayangkan bidadari cinta sangat. Dia membawa aku kesatu ruang besar didalam rumah banglo itu. Kelihatan seorang perempuan dan bapanya tadi duduk bersebelahan di atas sofa mahal dan kaki diletakkan diatas kaki yang 1 lagi.
Apabila aku mendekati mereka, aku lihat riak wajah mereka tidak senyum. Cuma riak wajah yang serius kelihatan. ‘ah, biasa la riak wajah ni, ini kan tentang masa depan dan pasangan anak mereka. Tentu perkara ini diambik serius.’. Aku berkata-kata dalam hati yang dari tadi aku tidak tahu apa yang aku gusarkan. Mungkinkah kerana perkara yang terjadi di muka pintu tadi?. Arh, persetankan semua itu. Ketika itu, keadaan diam. Sehinggalah bidadari cinta memperkenalkan aku kepada keluarganya. “Awak, ini ibu sy, dan ini papa sy.”.
Aku menghulurkan tangan aku untuk bersalaman dengan mereka. Sekali lagi aku dimalukan. Salamku tidak disambut. Keadaan diam seketika. Aku kelu untuk berkata. “Apa tujuan kamu bawa dia kemari?”. Kedengaran 1 suara memecah kesunyian itu. Bapanya memulakan perbualan. Aku rasa mungkin inilah masa untuk aku memulakan bicara. “Pak cik, sy malaikat biru, saya kesini untuk meminta izin daripada pak cik dan mak cik untuk berkawan dengan bidadari cinta. Saya dan bidadari cinta dah lama kenal. Saya rasa kurang sopan kiranya mak cik dan pak cik tidak tahu akan hubungan kami iini.”. fuh, lega aku rasa apabila aku dah luahkan apa yang terbuku.
Sekarang, aku Cuma menanti bicara dan kata dari ibu dan bapanya. Aku cuma berharap akan ada sesuatu yang baik diucapkan dari mulut mereka. Krtika itu, keadaan ku kira agak suram. Lalu, keluar seorang perempuan tua membawa minuman didalam dulang. Dalam pada yang sama, ayahnya bersuara. “Apa kerja kau?”. Ah, sudah. Dia tanya kerja pulak. “Saya belum bekerja pakcik. Masih belajar. Saya ambik jurusan kejuruteraan awam.”. diam kembali suasana. “bapak kau?”. “Bapak saya penoreh.”. “Apa! Penoreh? Dan kamu ada hati nak berbinikan anak Dato?”. Suara lantang itu kedengaran dari mulut ibunya. Aku terkejut dengan suara lantang itu. Ya Allah. Aku rasa amat malu apabila diajukan soalan yang sebegitu rupa. Apakah ini dugaan yang kau berikan kepada aku ya tuhan.
“Pak cik rasa, kamu pulang la. Cerminkan diri kamu yang comot itu dahulu sebelum kamu datang kesini lagi. Ini keluarga bermaruah, bukan keluarga kampong macam kamu.” Allah. Lagi 1 panahan yang terpaksa kau terima. Apakah aku hina sangat. Ku lihat, air mata mula mengalir dari pipi bidadari cinta. Kenapa dia harus menangis? sepatutnya aku yang menangis. Aku tak sedar akan diriku, pipit yang terbang rendah hendak berkawan dengan anak helang yang tinggi diangkasa.
Aku menunduk malu dan melangkah keluar dari rumah itu, rumah yang ku anggapkan sangkar emas yang tidak patut pipit sepertiku berada. Ku lihat bidadari cinta sedang mengejarku tapi, bapanya lagi pantas menarik dia masuk kedalam rumah. Memang malang nasib aku. Ketika aku berjalan pulang itu la hujan turun dengan lebat. Mungkin hujan juga tahu akan malangnya nasib aku ni. Bertahun mencurah kasih dan sayang, akhirnya aku Cuma mencurah kasih didaun keladi.
Tiba dirumah, aku menapi nasib malangku. Btl apa yang dikatakan oleh bapanya. Aku Cuma seorang anak penoreh yang comot dan tidak sedar diri. Aku orang yang hina. Keesokan harinya aku membeli tiket bas untuk pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang, aku termenung. Aku terkenangkan bapa yang membesarkan aku dengan hanya dari hasil torehan pokok getah tua sehingga aku ke menara gading ini. Tp aku telah membuatkan diri aku kelihatan hina. Aku malu untuk menatap wajah orang tuaku. Malu kerana aku telah dihina dan mereka turut terlibat.
Sesampai di kampung, aku menaiki teksi menuju ke rumahku yang terletak di kawasan yang agak dalam. Semasa dalam perjalanan pulang, aku melihat disekeliling aku kelihatan pokok-pokok padi sedang menguning. Kemudian aku melalui deretan pokok-pokok getah tua yang ada di tepian jalan yang aku lalui. Terasa terubat rasa sedih dihati ku. Teksi member isyarat membelok ke halaman rumahku. Kelihatan seorang perempuan tua sedang menyapu daun-daun kering yang gugur diatas tanah di halaman. Susuk tubuh itu amat aku kenali. Itulah ibuku.
Teksi berhenti. Aku turun dan terus meluru kearah ibuku. Ku kucup tangan tua itu. Nyaman rasa didada ku. Ku lihat senyuman kecil terukir di wajah tua itu. Aku peluk erat tubuh itu. “Mak sihat?”. “Sihat nak, kenapa tak beritahu nak balik ni?”. Aku tidak terus menjawab pertanyaan itu. Aku mengalihkan pertanyaan itu dengan pertanyaan lain. “Mak, ayah mana mak?”. “Ayah kemana lagi, di kebun la agaknya. Naiklah dulu atas rumah 2. Nanti mak buatkan air.”.
Aku menurut perintah ibuku. Aku melangkah gerak ke atas rumah. Naik dan terus ke bilik. Adik-adik ku semuanya berada diasrama. Semua mereka berasrama penuh. Aku lihat, bilik aku tersusun kemas. Masih seperti mana yang aku tinggalkan dulu. Mak memang menjaga bilik anak-anaknya. Dalam fikiran ku, ada yang aku mahu nyatakan kepada ibuku, aku ada niat yang mungkin akan dihalang oleh mereka.
Malam itu, kelihatan ayahku sedang bersiap-siap untuk kemasjid. “Hah, apa yang kamu tengok lagi, marilah ikut ayah ke masjid. Dah lama kamu tak ke masjid dengan ayah.”. aku menurut perintah. Aku capai ketayap lusuhku yang tersimpan rapi didalam almari. Aku mengikut jejak ayahku dari belakang. “Apa yang buat kamu balik ni?”. “kamu bercuti ka?”. Aku diam seketika. “Tak ayah, saja saya pulang sebab rindukan kampung. Rindukan ayah dan mak.”. Aku diam kembali.
Aku tiba dimasjid. Kelihatan ada anak-anak berlarian di tepi masjid. Masih ramai orang yang ke masjid. Mungkin kerana tiada aktiviti social seperti mana aku di Bandar. Sebab itulah ramai yang datang ke masjid. Masjidlah tempat orang-orang kampung ku bertemu dan berborak. Aku terus menuju ke dalam. Kelihatan bilal melaungkan iqamah. Saf didirikan. Aku turut mengikuti. Selesai solat, aku dan ayah tidak terus pulang. Kami mendengar ceramah agama yang diberikan.
Setelah selesai ceramah. Aku dan ayah berjalan pulang. Di pintu, ibu sedang menunggu kami dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Setelah menukar pakaian, aku keluar dan termenung diatas balkoni rumahku. Ibuku hidangkan air kopi dan sedikit biskut kering. Aku hirup perlahan kopi itu. Terasa pahit kopi menangkap dahaga di tekak ku ini. Aku ingin memulakan bicara. Tapi aku tidak tahu dari mana harus aku mulakan bicara yang aku mempunyai niat penting ini.
Aku memulakan bicara. “mak, ayah, saya nak mintak izin dari mak dan ayah. Saya nak merantau ke luar Negara.”. Ibu dan ayahku saling berpandangan. Lalu ibku bersuara. “Nak merantau ke mana?”. “Saya nak ke luar Negara mak. Saya nak jauhkan diri dari tempat ni.”. “mak tak faham kenapa kamu cakap semua ni. Apa maksud kamu?”. Ah. Susah untuk aku jelaskan. Tapi aku perlu jelaskan juga. Aku ceritakan segalanya kepada ibubapaku. Aku harap mereka akan faham akan maksud diriku ini. Setelah aku ceritakn segalanya, ibu dan bapaku seakan faham akan apa yang bersarang di kepalaku sekarang.
Kelihatan perit muka kedua ibubapaku. “Kamu dah piker masak-masak ka nak.”. “ya mak”. Keadaan diam seketika. Yang kedengaran hanyalah bunyi unggas dan cengkerik yang menyanyi girang. “mak, mingu hadapan saya akan berlepas ke Australia. Saya akan lama disana. Saya tak akan pulang selagi saya tak Berjaya.”. Saya mohon restu mak dan ayah. Agar saya Berjaya. Pelajaran saya disini saya dah tiggalkan mak. Saya akan sambung nanti.
Sejak 2 minggu lalu aku tak pernah mendapat khabar tentang bidadari cinta. Dari khabar angin yang aku dengar, dia telah dihantar keluar Negara sehari lepas aku ke rumahnya. Kemana? Aku sendiri tidak tahu. Apa yang aku tahu, dia Cuma dipaksa pergi oleh keluarganya. Mungkin keluarganya takut aku datang mencarinya. Aku masih sayangkan dirinya. Dan kini aku akan buktikan kepada orang tuanya yang aku bukan pipit yang hanya akan terus jadi pipit, tapi pipit yang akan menjadi merak. Merak bukan hanya merak, tetapi merak yang dapat mengepak untuk terbang.
Ops…apa lagi, to be continue la.. tggu ar..
Saturday, April 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment