Pages

Tuesday, April 27, 2010

BIDADARI CINTA (EPISOD 2)




Kebetulan pulak aku jmpa akak spupu aku ari2. Dah 2 aku ajak la dia teman aku g antar bear tuk bidadari cinta. Akak aku ni sporting skit. So aku ni bodoh skit bab love2 ni sbb xpnah cinta2. Aku nk bawak ja bear 2 dalam plastic. Dah 2 akak aku tarik telinga aku n cakap, meh ikut dia. Aku pun xtahu apa yang dia nk bt, aku ikut ja la. Dah 2 dia bawak aku g kedai hadiah. Then beli beg yang kertas 2. Hahaha. Tak terpikir aku nk ltak bear dalam 2. Bodoh gla. Hahaha.

Then, aku n akak aku pun nek la moto kapcai aku ni nak g antar bear kt bidadari cinta. Aku pun text la dia.

>bi ada kt mana?

>luar..

>nak bagi smthg ni..

>xpayah la..owg kt luar dgn ma..

>xpa, syg nk g antar kt umah..blik tau..

>ish, owg ckp xpayah, xpayah la..

Ni aku nak marah ni. Dah la aku beli hadiah mahal2, dia bt cmni lak. Mau xangin 1 badan aku. Dah tu, dgn penuh tekad, aku truskan jugak niat aku ni. Sesampai ja aku kt jitra, aku trus text dia lagi.

>kt mana..

>kt luar..

>kt mana..hm..

>kt jitra la makan-makan ngan ma n im..

>yala..kt mana skang..

>pizza..

Then, aku taw ja dia kt mana, aku trus g kt c2. Sebelum 2 aku antar akak aku g kt jitra mall dlu. Yela, xkan dia nak ikut plak au nak jmpa bidadari cinta. Sebenarnya time 2 bidadari cinta tak tahu aku ada dkt jitra. Dia ingat aku kt umah. Ha.. dah 2 aku pun pusing la cri bidadari cinta.

Last2 korang tahu x apa yang bt aku nmpak dia? Aku Nampak adik dia im 2 kt luar kdai buku. Dah 2 aku terus la g dkt c2. Dah 2 kebetulan aku smapai ja kt depan kedai 2, bidadari cinta pun melangkah keluar dari kedai 2. Dia terkejut nmpak aku ada kt dpan 2. Aku apalagi la, kelu terus. Bt pengetahuan korang semua la kan. INI ADALAH PERTAMA KALI KAMI BERTENTANG MATA. Sbb sblum ni kami xprnah jumpa lansg dan xpernah bertentang mata. Time 2, tuhan sja la yang tahu apa aku rasa.

Aku rasa macam nak gila. Sumaph. Korang tak tahu cmna rasa aku time 2 sbb koang mana ada bidadari cinta. Aku ja ada. Ha. Dah 2 mak dia pun dating gak. Aku ni tangan punya la ketar korang tahu x tme 2. Mak dia snym ja kt aku. Aku ni xpandang lain dah. Pandang dia ja tahu x. ha. Korang tahu la macam mana muka aku masa 2. Merah padam. Aku lihat dia cantik sgt. Tp 1 ja yang xok tme ni. Dai wat muak moody kt aku sbb dia xbg aku antar bear 2. Tp dalam moody 2 ttp ada senyuman. Senyuman yang aku xboleh dapat dari mana-mana wanita pun.

Then mak dia(bakal mak aku) hee tanya la,

-mai mana?

-ni, nak hantar ni kat awon.

-bru beli ka?

-haah, besday awon.

Then aku pun dengan muka macho tahap gila2 la hulurkan tangan aku n kasi bear kt bidadari cinta.

Sambil hulur 2:

-happy birthday.

-thx..

Nah! Itu ja yang mampu aku ucap kt dia pada 1st day kami jumpa. Macam apa g. dah la susah ja nk jumpa n juz menda 2 ja aku ucap. Then mak dia ajak la aku join diaowg. Niat aty ada jgk nak join, tapi malu, lagipun aku tringat orang tua yang sorang 2 aku tglkan kt jitra mall. Hahahaha.

Lepas ja dia ucap thx 2 aku terus belah n jadi macam orang bodo yang tgh happy gila. Aku g cri akak aku n trus blik. Dalam hati punya la happy. Dalam perjalanan, smpai la ke rumah, 1 patah apa pun aku xcakap atas moto 2. Dok tersengih macam kerang busuk ja korang tahu x. hahaha.

Aku sgt appy pada masa 2. Sesampai ja kt umah, aku dapat msg.

>thx syg..

Dan2 aku appy sgt. Hee. Ni la episode birthday BIDADARI CINTA yang aku bleh crita bt masa skang. Hee. Ada byk g crita tntg kami.

Tggu taw… arh!!!!!assgmnt lak!! No!!!! nyte.

Saturday, April 17, 2010

CINTA ANAK PENOREH

Cinta. Itullah permulaan yang aku tahu. Eh, jap-jap ar. Aku nk piker jap. Aku nk start dari aku sekolah dlu. Ha, baru menarik betul tak.

Benda ni start dari aku form 5 lagi. Aku berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama bidadari cinta. Perkenalan kami bukanlah disengajakan, tapi secara tak sengaja. Nak jadikan cerita, aku dan si dia ni jatuh cinta dan bercinta. Aku amat cintakan dia. Dan begitu juga dengan dirinya. Aku tahu, dia amat cintakan diriku.
Setelah tamat persekolahan dan aku kini belajar di salah sebuah intitusi pengajian tinggi di Negara ini,, dia mengambil keputusan untuk membawa ku berjumpa dengan keluarganya. Aku dalam hati ni punyalah berdebar. Faham-faham la aku nk jumpa dengan family perempuan yang aku cintai. Aku takut akan apa keputusan yang akan dikatakan oleh familynya. Maklumlah, dia ni anak orang berada. Sedangkan aku cuma anak seorang penoreh.

Petang itu, dia datang dan menjemput aku. Dalam perjalanan tu, dai bertanya pada aku. “napa ni syg, awak takut ker?”. Ish, tanya lagi minah ni. Sah-sah la aku takut. “er, tak la, nak takut apa pulak. Kan nk keluarga awak akan jadi keluarga saya jugak.”. aku cuba menenangkan diri aku sendiri yang tak tenang-tenang.
Sekarang, kami dah sampai dirumahnya. Kereta meluncur perlahan kedalam ruang letak kereta. Aku melucutkan tali pinggan keselamatan dari tubuhku. Pintu kereta aku kuak perlahan terbuka. Di pintu rumah, kelihatan seorang lelaki, bermisai, bertubuh tegap memerhati setiap gerak ku. Mungkin itu bapanya. Belum sempat aku nak bertanya, bidadari cinta pun memperkenalkan lelaki itu kepada ku. “Awak, ini papa saya.”. aku menghulurkan tangan. Tapi salamku itu tidak disambut. ‘ah, apakah ini petanda bahawa sesuatu yang aku takuti akan terjadi’.

Aku lihat, bidadari cinta Cuma menundukkan kepala dan tidak berkata apa-apa. Dia menarik tanganku untuk masuk kedalam rumah. Aku cuma menurut. Didalam hati ini hanya tuhan yang tahu, betapa malu aku tadi. Aku cuba untuk bersabar kerana aku sayangkan bidadari cinta sangat. Dia membawa aku kesatu ruang besar didalam rumah banglo itu. Kelihatan seorang perempuan dan bapanya tadi duduk bersebelahan di atas sofa mahal dan kaki diletakkan diatas kaki yang 1 lagi.

Apabila aku mendekati mereka, aku lihat riak wajah mereka tidak senyum. Cuma riak wajah yang serius kelihatan. ‘ah, biasa la riak wajah ni, ini kan tentang masa depan dan pasangan anak mereka. Tentu perkara ini diambik serius.’. Aku berkata-kata dalam hati yang dari tadi aku tidak tahu apa yang aku gusarkan. Mungkinkah kerana perkara yang terjadi di muka pintu tadi?. Arh, persetankan semua itu. Ketika itu, keadaan diam. Sehinggalah bidadari cinta memperkenalkan aku kepada keluarganya. “Awak, ini ibu sy, dan ini papa sy.”.

Aku menghulurkan tangan aku untuk bersalaman dengan mereka. Sekali lagi aku dimalukan. Salamku tidak disambut. Keadaan diam seketika. Aku kelu untuk berkata. “Apa tujuan kamu bawa dia kemari?”. Kedengaran 1 suara memecah kesunyian itu. Bapanya memulakan perbualan. Aku rasa mungkin inilah masa untuk aku memulakan bicara. “Pak cik, sy malaikat biru, saya kesini untuk meminta izin daripada pak cik dan mak cik untuk berkawan dengan bidadari cinta. Saya dan bidadari cinta dah lama kenal. Saya rasa kurang sopan kiranya mak cik dan pak cik tidak tahu akan hubungan kami iini.”. fuh, lega aku rasa apabila aku dah luahkan apa yang terbuku.

Sekarang, aku Cuma menanti bicara dan kata dari ibu dan bapanya. Aku cuma berharap akan ada sesuatu yang baik diucapkan dari mulut mereka. Krtika itu, keadaan ku kira agak suram. Lalu, keluar seorang perempuan tua membawa minuman didalam dulang. Dalam pada yang sama, ayahnya bersuara. “Apa kerja kau?”. Ah, sudah. Dia tanya kerja pulak. “Saya belum bekerja pakcik. Masih belajar. Saya ambik jurusan kejuruteraan awam.”. diam kembali suasana. “bapak kau?”. “Bapak saya penoreh.”. “Apa! Penoreh? Dan kamu ada hati nak berbinikan anak Dato?”. Suara lantang itu kedengaran dari mulut ibunya. Aku terkejut dengan suara lantang itu. Ya Allah. Aku rasa amat malu apabila diajukan soalan yang sebegitu rupa. Apakah ini dugaan yang kau berikan kepada aku ya tuhan.

“Pak cik rasa, kamu pulang la. Cerminkan diri kamu yang comot itu dahulu sebelum kamu datang kesini lagi. Ini keluarga bermaruah, bukan keluarga kampong macam kamu.” Allah. Lagi 1 panahan yang terpaksa kau terima. Apakah aku hina sangat. Ku lihat, air mata mula mengalir dari pipi bidadari cinta. Kenapa dia harus menangis? sepatutnya aku yang menangis. Aku tak sedar akan diriku, pipit yang terbang rendah hendak berkawan dengan anak helang yang tinggi diangkasa.

Aku menunduk malu dan melangkah keluar dari rumah itu, rumah yang ku anggapkan sangkar emas yang tidak patut pipit sepertiku berada. Ku lihat bidadari cinta sedang mengejarku tapi, bapanya lagi pantas menarik dia masuk kedalam rumah. Memang malang nasib aku. Ketika aku berjalan pulang itu la hujan turun dengan lebat. Mungkin hujan juga tahu akan malangnya nasib aku ni. Bertahun mencurah kasih dan sayang, akhirnya aku Cuma mencurah kasih didaun keladi.

Tiba dirumah, aku menapi nasib malangku. Btl apa yang dikatakan oleh bapanya. Aku Cuma seorang anak penoreh yang comot dan tidak sedar diri. Aku orang yang hina. Keesokan harinya aku membeli tiket bas untuk pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang, aku termenung. Aku terkenangkan bapa yang membesarkan aku dengan hanya dari hasil torehan pokok getah tua sehingga aku ke menara gading ini. Tp aku telah membuatkan diri aku kelihatan hina. Aku malu untuk menatap wajah orang tuaku. Malu kerana aku telah dihina dan mereka turut terlibat.

Sesampai di kampung, aku menaiki teksi menuju ke rumahku yang terletak di kawasan yang agak dalam. Semasa dalam perjalanan pulang, aku melihat disekeliling aku kelihatan pokok-pokok padi sedang menguning. Kemudian aku melalui deretan pokok-pokok getah tua yang ada di tepian jalan yang aku lalui. Terasa terubat rasa sedih dihati ku. Teksi member isyarat membelok ke halaman rumahku. Kelihatan seorang perempuan tua sedang menyapu daun-daun kering yang gugur diatas tanah di halaman. Susuk tubuh itu amat aku kenali. Itulah ibuku.

Teksi berhenti. Aku turun dan terus meluru kearah ibuku. Ku kucup tangan tua itu. Nyaman rasa didada ku. Ku lihat senyuman kecil terukir di wajah tua itu. Aku peluk erat tubuh itu. “Mak sihat?”. “Sihat nak, kenapa tak beritahu nak balik ni?”. Aku tidak terus menjawab pertanyaan itu. Aku mengalihkan pertanyaan itu dengan pertanyaan lain. “Mak, ayah mana mak?”. “Ayah kemana lagi, di kebun la agaknya. Naiklah dulu atas rumah 2. Nanti mak buatkan air.”.

Aku menurut perintah ibuku. Aku melangkah gerak ke atas rumah. Naik dan terus ke bilik. Adik-adik ku semuanya berada diasrama. Semua mereka berasrama penuh. Aku lihat, bilik aku tersusun kemas. Masih seperti mana yang aku tinggalkan dulu. Mak memang menjaga bilik anak-anaknya. Dalam fikiran ku, ada yang aku mahu nyatakan kepada ibuku, aku ada niat yang mungkin akan dihalang oleh mereka.

Malam itu, kelihatan ayahku sedang bersiap-siap untuk kemasjid. “Hah, apa yang kamu tengok lagi, marilah ikut ayah ke masjid. Dah lama kamu tak ke masjid dengan ayah.”. aku menurut perintah. Aku capai ketayap lusuhku yang tersimpan rapi didalam almari. Aku mengikut jejak ayahku dari belakang. “Apa yang buat kamu balik ni?”. “kamu bercuti ka?”. Aku diam seketika. “Tak ayah, saja saya pulang sebab rindukan kampung. Rindukan ayah dan mak.”. Aku diam kembali.

Aku tiba dimasjid. Kelihatan ada anak-anak berlarian di tepi masjid. Masih ramai orang yang ke masjid. Mungkin kerana tiada aktiviti social seperti mana aku di Bandar. Sebab itulah ramai yang datang ke masjid. Masjidlah tempat orang-orang kampung ku bertemu dan berborak. Aku terus menuju ke dalam. Kelihatan bilal melaungkan iqamah. Saf didirikan. Aku turut mengikuti. Selesai solat, aku dan ayah tidak terus pulang. Kami mendengar ceramah agama yang diberikan.

Setelah selesai ceramah. Aku dan ayah berjalan pulang. Di pintu, ibu sedang menunggu kami dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Setelah menukar pakaian, aku keluar dan termenung diatas balkoni rumahku. Ibuku hidangkan air kopi dan sedikit biskut kering. Aku hirup perlahan kopi itu. Terasa pahit kopi menangkap dahaga di tekak ku ini. Aku ingin memulakan bicara. Tapi aku tidak tahu dari mana harus aku mulakan bicara yang aku mempunyai niat penting ini.

Aku memulakan bicara. “mak, ayah, saya nak mintak izin dari mak dan ayah. Saya nak merantau ke luar Negara.”. Ibu dan ayahku saling berpandangan. Lalu ibku bersuara. “Nak merantau ke mana?”. “Saya nak ke luar Negara mak. Saya nak jauhkan diri dari tempat ni.”. “mak tak faham kenapa kamu cakap semua ni. Apa maksud kamu?”. Ah. Susah untuk aku jelaskan. Tapi aku perlu jelaskan juga. Aku ceritakan segalanya kepada ibubapaku. Aku harap mereka akan faham akan maksud diriku ini. Setelah aku ceritakn segalanya, ibu dan bapaku seakan faham akan apa yang bersarang di kepalaku sekarang.
Kelihatan perit muka kedua ibubapaku. “Kamu dah piker masak-masak ka nak.”. “ya mak”. Keadaan diam seketika. Yang kedengaran hanyalah bunyi unggas dan cengkerik yang menyanyi girang. “mak, mingu hadapan saya akan berlepas ke Australia. Saya akan lama disana. Saya tak akan pulang selagi saya tak Berjaya.”. Saya mohon restu mak dan ayah. Agar saya Berjaya. Pelajaran saya disini saya dah tiggalkan mak. Saya akan sambung nanti.

Sejak 2 minggu lalu aku tak pernah mendapat khabar tentang bidadari cinta. Dari khabar angin yang aku dengar, dia telah dihantar keluar Negara sehari lepas aku ke rumahnya. Kemana? Aku sendiri tidak tahu. Apa yang aku tahu, dia Cuma dipaksa pergi oleh keluarganya. Mungkin keluarganya takut aku datang mencarinya. Aku masih sayangkan dirinya. Dan kini aku akan buktikan kepada orang tuanya yang aku bukan pipit yang hanya akan terus jadi pipit, tapi pipit yang akan menjadi merak. Merak bukan hanya merak, tetapi merak yang dapat mengepak untuk terbang.

Ops…apa lagi, to be continue la.. tggu ar..

Monday, April 12, 2010

IKHLAS

Hari ini, aku telah melakukan kesilapan. Aku sedar akan diriku yang serba kekurangan. Aku panas baran, cemburu x bertempat, suka marah dan menyalahkan takdir.
Hari ini, aku telah melukakan orang yang aku cintai. Aku telah melakukan 1 kesalahan yang aku sendiri x pernah sedar yang aku telah malukan dia dihadapan kawan2nya.
Pabila dia bertanyakan pada aku, apa dosa yang dia lakukan hingga aku membalaskan segala apa yang dia lakukan dengan perkara ini. Ya Allah, aku tersentak, apa yang aku lakukan? Kenapa aku lakukan semua ini.

Ini semua terjadi apabila nafsu menguasai diri aku. Aku terlalu ikutkan nafsu marahku. Aku memarahi kawan2 dia tanpa sebab. Selalunya dia akan memarahi aku bila aku melakukan kesilapan. Tp tidak pada kali ini, dia bertanyakan dengan lembut padaku, apakah dosa n kesalahan dia sehingga aku menghukumnya sebegini rupa.

Petang itu, ketika menerima pesanan ringkas darinya, aku berasa amat malu akan apa yang telah aku lakukan. Dia akan meninggalkan aku buat selamanya kah? Aku xnak dia pergi dari hidup aku. Dalam keadaan yang kesal itu tiba-tiba aku terpandang bbaju melayuku yang tergantung didalam almari.

Dengan langkah yg aku tidak pasti apa, aku capai baju melayu lalu aku sarungkan baju itu ditubuhku. Ketika itu kedengaran suara azan yang dating dari masjid yang berhampiran dengan rumahku ini. Aku terus menapak ke Rumah Allah itu. Tempat yang dah lama aku tidak jejakkan kaki aku ini. Dalam samar dari jauh aku Nampak, pak cik-pak cik tua sedang berada didalam masjid itu menunaikan solat sunat. Kelihatan juga anak-anak kecil yang berada di belakang orang tua mereka turut mengikut gerak solat orang tuanya.

Aku menuju ke arah pancuran yang terdapat ditepi masjid itu. Aku tenangkan fikiran aku yang sedang bercelaru itu. Aku sempurnakan wudukku. Alhamdulillah, aku melangkah masuk kedalam masjid itu. Masih dalam keadaan yang sedikit bercelaru, kesal, hampa dan macam2 yang terngiang2 dalam kepala aku ni. Aku duduk sebentar di 1 sudut didalam masjid. Lalu, qamat dilaungkan oleh bilal. Kelihatan semua jemaah bangun medirikan sauq. Aku turut serta.


Kedengaran suara imam mengangkat takbir. Aku cuba tenangkan fikiran aku. Aku turut mengangkat takbir. Kedengaran laungan bacaan surah merdu keluar dari mulutnya. Ketika itu tanpa aku sedar, air mata aku mula mengalir perlahang. Tenang aku rasakan mendengar laungan pujian keatas-Nya.

Selesai solat, selepas mengaminkan doa, aku tidak terus pulang. Aku melangkah perlahan, mengambil 1 sudut yang sunyi dan tampak jauh dari orang. Aku kerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai solat, aku capai senaskah al-quran dari almari. Aku membacanya, aku cuba untuk mencari ketenangan. Ketenangan yang telah lama aku tidak dapat rasa.

Sekali lagi aku mengalirkan air mata. Kali ini, air mata ini begitu murah. Ia mengalair dengan deras. Aku terbayang wajah sidia, seorang yang aku knal degil, ceria, ska menyakat dulu itu kini menjadii pendiam. Mmg btl byk perubahan yang baik dalam dirinya sejak kami berdua, tapi semua itu harus dibayar dengan harga yang mahal. Harus dibayar dengan air mata orang yang aku cintai. Ya Allah, apakah dosa yang aku telah lakukan ini. Besarkah dosa aku ini Ya Allah.

Tiba-tiba, aku terkejut. Bahu aku ditepuk dari arah belakang. Aku lihat ada wajah tua, jernih, memandang aku dengan penuh tanda tanya diwajahnya. Ya, itulah orang yang menggiimamkan solat aku tadi. Dengan nada lembut, dia ajukan soalan kepadaku:


~“pakcik tengok anak menangis ketika membaca al Quran. Apakah anak faham maksud al Quran itu?”

~“tidak pakcik,sy xfaham apa2 pun. Sy Cuma menbacanya dan dari situ sy mendapat ketenangan. Dan tiba-tiba sy teringat orang yg sy syg. Sy banyak lakukan kesalahan pada dia.”

~” siapa orang 2? Boleh pakcik tahu?”

~”seorang perempuan yang ada dalam hidup sy. Seorang yang amat sy sayangi, yang sy cintai, orang yang perlu ada dengan sy. Sy nk dia jadi halal untuk saya pakcik. Saya nak jadikan dia isteri sy.”

~”jadi, kenapa anak bersedih? Bukankah itu satu perkara yang baik? Mmg Allah menyokong dan sentiasa ada dengan mereka yang mahu membina masjid, yang ingin mengeratkan silaturrahim. Kenapa anak bersedih?”

~”tapi sekarang dia marahkan sy. Dia mahu sy pergi dari hidup dia. Pergi buat selamanya. Jauh dari hidup dia. Kerana, bagi dia sy beban dalam hidup dia. Sy banyak lukakan dia. Sy banyak salah pada dia. Dan hari ini sy telah malukan dia. Depan kawan2 dia.”

~”anak, setiap benda yang terjadi itu adalah kehendak dari Nya. Kita mampu menghalang dan xmampu untuk mengubah masa lampau. Atas sebab itulah kita diberikan akal untuk berfikir. Kerana Allah mahu kita berfikri sebelum melakukan sesuatu perkara. Kita sebagai manusia hanya mampu menerima takdir itu dengan tangan dan dada yang terbuka. Ikhlaskan hati kita dan redha dengan apa yang berlaku, kerana dengan cara itu Allah akan tenangkan hati kita ini. Apa btl anak syangkan dia?”

~”ya pakcik. Sy sygkan dia sgt. Sy nak dia ada dengan sy. Sy nk cintai dia seperti mula2 kami knal dulu.”

~” anak muda, cinta dan syg itu xbermaksud memiliki, kita cintakan Allah, tapi kita xdapat memiliki Nya. Allah hanya berada didalm hati kita. Kita sygkan rasul kita. Tapi kita xdapat memilikinya. Dia hanya ada dalam dada kita ini dan sebagai pemimpin kita.”

Aku masih tidak faham akan kata2 dari mulutnya. Aku terdiam sejenak. Lalu aku ajukan 1 soalan kepaddanya.

~”maksudnya? Sy tidak berapa faham.”

~” anak. Cinta bukan bermaksud memiliki, bukan bermaksud kepunyaan. Cinta ini adalah satu anugerah yang Allah bagi kepada hambanya yang terpilih. Yang Dia syg, yang mampu untuk bercinta. Cinta ini bermaksud ikhlas mahukan dia bahagia. Dalm keadaan anak, anak cintakan dia, dimasa yang sama anak lukakan hati dia, bt dia kecewa. Apakah anak dia terus begitu?”

~”Xnak. Sy nak bahagiakan dia. Sy nak dia bahagia.”
~” Anak, ikhlaskan hati anak, lepaskanlah dia. Ingat, cinta itu bkn memiliki, tapi memberi. Disini, anak memberikan dia kebebasan, kebahagian, masa depan, dan apa yang telah anak ambik dari dia. Ikhlaskan hati anak untuk tgk dia bahagia, walaupun kita terluka, tapi kita akan bahagia bila kita tahu orang yang kita syg itu bahagia dalam hidupnya. Anak nak x tgk dia bahagia?”

~”nak.”

~”jadi, anak lepaskan dia. Ikhlaskan hati anak, biar dia yang tentukan pilihan dia. Anak, atau dia nak pergi dari hati dan hidup anak. Hanya dia yang tahu apa yang dia mahukan dan dia tahu, keputusan yang terbaik untuk dirinya. Anak bbagitahu lah dia yang anak ikhlas dan redha akan apa saja keputusan yang akan dia berikan. Selepas itu, anak hanya boleh berdoa untuk dia. Doa untuk pastikan dia bahagia. Jika dia masih memilih anak, buatlah yang terbaik untuk dirinya, dan jangan lah anak bt kesilapan yang xpatut anak bt itu. Fikiran dan iman adalah pemandu kita.”



Aku diam mendengar itu. Aku tahu aku harus ikhlas. Aku nak bidadari cinta aku bahagia. Walaupun dgn orang lain. Dan aku Cuma boleh memandang dari jauh, aku redha kali ini. Aku redha. Aku nak engkau bahagia bidadariku. Mungkin kau membaca blog ini, segalanya terletak pada tangan mu, aku hanya maupu untuk ikhlas dan berserah. Aku doakan kau bahagia sayangku. Jika membaca nukilan ini, kau tentukanlah jawapannya.

Jika kau mahukan aku lagi, mesejlah aku dengan memberi salam. Jika engkau mahu tglkan diriku ini, mesejlah aku dengan ucapan terima kasih. Kau tahu mana untuk kau mencari ku. Hubungi aku dengan kata2 yang ada itu. Aku cintakan bidadari cintaku.aku cintakan kau bidadari cinta.

Salam.

Saturday, April 10, 2010

RAHSIA WAKTU SOLAT

CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita Wink

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan penyayangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ... Rolling Eyes
Wallahualam..

ZINA?

Hari ni aku terlalu banyak sabgat kerja. Aku lupa akan tanggungjawab aku. Mgkin bg dia, dia bkn tggjawab aku, tp aku terlalu sygkan dia. Dia sgalanya buat aku. Arini dia dah majuk ngan aku. Sbb aku xdak masa ngan dia. Btl, arini aku xbagi masa tuk dia. Sbb aku btl2 sibuk. Walaupun dia majuk ngan aku, tp aku taw, dia faham aku. Xpernah dia xfaham aku. Hannah, love u manja. Hee.. jangan marah ar.

Ha, ni aku nk cita n bg tauladan la skit kt korangyg sedang bercinta gla2. Sebetulnya aku pun xdak la alim mcm pak imam pun, tp stakat hinder yg Allah xska 2 ada la. Menda ni pasal nafsu dalam cinta kita ni. Eh, kita plak, korang n pasangan korang masing2 la kan.

Di sini aku nak tegaskan tntg 1 ayat di dalm Al-Quran yg bermaksud “dan janganlah kamu menghampiri zina”. Bt pengetahuan korang suma la kan , bersentuhan antara lelaki yang bkn mahram itu adakah haram sama skali. No excuse k. korang bayangkan la Allah dah berfirman tentang zina ni haram. Haramnya zina ni smpai kita xdak alas an untuk mendekatinya walaupun waktu darurat.

Walhal sembahyang pun Allah masih bg peluang tuk hamba dia khado ataupun jamak n qasar. Tp zina, tiada alasan atau kata2 yg dapat menghalalkan zina itu. Dari sini kta dah boleh tgk dah, bertapa haramnya zina itu. Bkn sja berzina, dari ayat 2 dengan jelas telah dinyatakan, jangan kamu mghampiri zina. Jangan ckp berzina, HAMPIR pun dah xboleh. Ketahuilah kamu bahawa antara lelaki dan perempuan yg berduaan itu akan ada yg ketiga. Yang ketiga 2 syaitan nama diberi. Ha. Ingat 2.

Korang cakap, syg, cinta. Tapi penah x korang piker, dgn syg dan cinta 2. Tp penah x korang nyatakan rsa sebenar cinta n syg 2. Korang ckp ja pandaikan. Korang pernah sentuh x owg yg korang syg 2? Ha. 2 korang masing2 ja yg tahu jawapan dia kan. Korang sygkan pasangan korang, tp korang sentuh dia, bt yg bkn2 dgn dia. Smpaikan menda 2 boleh memudaratkan dia. Syg ka klu korang rosakkan dia, dah 2 korang tglkan dia. Syg ka 2? Aku taw, kdg2 kta ni tewas pada nafsu kan, tp 2 bkn cra kta nk nyatakan rsa syg dan cinta kta.

Bg perempuan pulak, korang ni mudah2 ja kan bg tubuh korang kt laki2 ni. Ingt cm2 ke lmbg seti korang. Ada korang taw ketentuan tuhan pada korang? Korang tahu ka siapa yg bakal menjadi pelindung dan imam korang 2? X kan. Jadi korang jangan la nk menginanyakan bakal imam korang, orang yg akan memegang tggjwab sbagai pemimpin korang. Klu btl diaowang 2 btl2 ska n nak korang, swoh ja diowg buktikan. Swoh diaowg jmpa mak bapak korang n bgtaw mak bapak korang dgn spa korang kawan 2. Ha, aku dah bt k..hee..green light g aku dapat. Hee..

N ingtlah korang, Allah dah ckp, jodoh yang baik untuk org yg baik. Dan sebaliknya. 2 bru kt dunia. Korang kna ingt, balasan Allah bkn hanya di dunia. Tp diakhirat juga. Bab kt dunia dlu, klu korang dah ter lampau ehem2 atau dah terlepas dari landas Allah, ingt, bahawa pasangan yg Allah sediakan pada korang 2 sma dgn korang. Malah, maybe lg truk. 2 hanya Allah yg tahu. Sbb jodoh, rezeki, dan maut kta Allah dah tentukan sejak azali lg.

Bla korang dihadapkan dimuka pengadilan diakhirat nt, Allah dah tentukan golongan apa yg korang akan join. Ada firman Allah yg bermaksud “aka nada golongan yg memakan daging busuk dah berulat sedangkan di sebelahnya ada daging yang halal”. Korang nk ka makan menda jijik cm2? Ha.. korang bayangkan, ada bangkai kucing n korang makan, padahal dalam rumah korang ada ayam kfc.

Itulah yang akan kta lalui apabila kta dah melakukan maksiat. Korang kna ingt taw, menda yg kita dapat dari maksiat 2 haram. Akan jd darah daging kta korang tahu x. hm.. aku harap, kita ni dihindari dari semua perkara diatas la kan. Klu adea diantara kta yg dah terlanjur atau dah melakukan perkara2 yg haram 2, mgkin dah tiba masa tuk kta pulang ke jalan yg benar. Dan ingatlah,” Allah akan membentangkan tangan Nya pada malam hari bagi menerima taubat orang yg berdosa pada siang hari, dan akan membentangkan tangan Nya pada siang hari bagi menerima taubat orang yang berdosa pada malam hari sehingga terbitnya matahari dari arah barat”. Disini kta fahamkan, yang Allah akan menerima taubat kita sepanjang hari, sepanjang masa, sehinggalah hari kiamat.

Aku harapkan kita akan jadi hamba Allah yang dibrkati oleh Allah, dah tergolong dalam orang yang dilindungi Allah.

Tuesday, April 6, 2010

HARAPAN

Arini, dia dah pergi tglkan aku. Puncanya, diri aku sndiri. Aku yg cri bala sgt. Aku taw, aku ni seorang yg pemarah, xreti nk bergaul dgn orang. Segalanya aku lah yang salah. Semuanya berubah 4 taun lalu. Dalam hidup aku telah muncul seorang perempuan yang bernama Hannah. Perwatakn dia biasa. Tp bagi aku, dia cantik sangat. Aku xkisah sgt tntang paras rupa 2, yg pntg perangai dia 2. Aku ska n 2 yang bt aku syg sgt kt dia. Tp dah jd lumrah hidup. Manusia xpenah puas dgn apa yg dia dapat.


06/04/20xx


Hari ni, malam, Hannah marah aku gila. Juz sbb aku Tanya tntg dia pada kawan2 dia. Aku xsedar benda yang aku lakukan itu melukakan hatinya. Aku xsgka benda ni akan berlarutan smpai macam ni sekali. Dia pergi. Tak tglkan pesan apa2 kt aku. Salah ka aku? Dosa kah aku? Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar.

Selama ini banyak sgt yg aku lukakan dan salah aku pada dia. Terlalu banyak. Sampai aku sekalipun xmampu nak ingat dan aku sendiri xmampu nak bayang betapa besar la dosa aku pada dia. Selama 4 taun kmi dua, byk yang kami tempuhi dua n byk yang kami lalui dua. Byk yang mengembirakan, ada juga yang melukakan. Tp bg aku, dia byk bt hidup aku berseri. Mgkin bg diri dia, aku ni Cuma menyusahkan dia sja. Cuma mendatangkan masalah pada diri dia, tlg ampun kan aku.

Selama ni, dia iktkan apa sahaja kemahuan aku. Tp aku reti nk bersyukur, aku marah dia, aku maki dia, aku hina dia. Byk silap aku pada dirinya. Selama ni aku Cuma taw dia hanya untuk aku, aku xpernah pkr tntg diri dia. Aku xpernah pikir apa yang dia rasa. Aku silap kan. Ya. Mmg aku silap. Byk sgt silap. Maafkan aku.

Td, dia marah aku sbb aku kaco kawan2 dia. Aku xberniat nak kaco, aku cuma nak tanya tntg dirinyaa. 2 ja. Sbb masa 2 dia marah aku. N aku xtahu pada siapa lg aku nk mgharap. N xtahu pada siapa lg aku nk bertanya. Ya, aku ego, aku baran, aku jahat, aku n binatang. Tp, aku sygkan dia sgt.aku Cuma nk menjaga dia. Xda niat yang lbih dri itu. Selama 4 taun perkenalan kami, aku dan dia xpernah berjumpa berduaan n xpernah aku mendapat apa yang sepatutnya aku dapat sebagai teman istimewa. Mgkin ada kebaikan yang Allah sembunyikan.

Selama itu jugak lah, dunia yg menghubungkan kami adalah nset dan computer. Kini dia ada di luar Negara. Smpai sekarang, walaupun dia blik Malaysia setelah setahun kt oc, tp aku tahu, kalau aku ajak dia kuar pun xmgkin dia nak. Aku knal Hannah. Dia xmacam pmpn len. Hati dia murni. Hati dia tulus. Jujur. Aku syg dia sgt. Aku amat sygkan dia. Selama 4 taun jgklah, kami xpernah berenggang lansg, kt mana pun dia ada, aku akan temankan dia, walupun Cuma didalam msg, cukup bg aku tuk tahu apa yg dia ok. Aku xkan tenteram selagi aku xtahu yg dia ok. Klu stengah jam dia xreply msg aku, aku akan call trus, walaupun dia kt new Zealand. Biar aku puas aty.

Hannah, walupun aku ni jahat, aku ni menyakitkan hati dia, aku pasti yang dia taw aku cintakan dia sgt dan aku sgt sygkan dia. Byk yang kami lalui bersama, sejak 4 tahun 2 jgk la aku sntiasa berteman. Teman sejati. Teman yang jadikan aku ni sebagai kamus hidup dai. Setiap masalah dia, aku la tmpat untuk mengadu. Setiap kali dia menangis, akulah peneman. Bila dia appy, aku la org yang plg appy. Aku selalu pesan kt di, jnji dia ok, aku xpa. Aku nk bidadari aku ok, sihat, n appy.

Aku sgp lakukan apapun untuk Hannah. Aku nak dia jd halal bt aku. Jd isteri aku yang sah. Tp apakah mgkin lg semua tu. Terlalu besar jahil aku padanya. Aku Cuma mengharap kasih syg yang aku dpat sellama ni. Aku Cuma nk jga dia. Aku xdak niat nk bt dia nmpak bodoh. Aku cintakan dia. Xmgkin aku nk lakukan menda yang nak merosakkan dia. XMUNGKIN. Aku nak jdi pelindung dia.

Awk..sy syg awk. Aku harap masih ada peluang untuk aku perbetulkan diri aku yang hina ini. Aku harap Hannah boleh terima aku kembali. Sbb tanpa dia brerti mati. Aku cintakan dia. Tlg lah, bg sy pluang untuk menang hati awk kembali. Sy nak hati awk. Nak awk ada disamping sy, bt selamanya Hannah.


Yang Ikhlas;
MALAIKAT BIRU

Sunday, April 4, 2010

CINTA

CINTA

Cinta dari mata turun kehati. Itu yang dikatakan oleh ramai orang. Cinta juga menyebabkan manusia buta, buta akal, buta hati dan buta agama.

CINTA ITU MEMBUTAKAN, DAN DALAM BUTA ITU ADANYA SINAR.

Korang mesti nak tahu mksd ayat 2 kan. Kita tengok pada contoh sekeliling kita.


Buta =Cinta menyebabkan seorang gadis lari daripada keluarganya. Sinar=cinta menyebabkan gadis tadi sedar, cinta yang dia miliki itu adalah dosa apabila dia megkhianati orang tuanya.

Buta=Cinta menyebabkan seorang pelajar menjadi ibu pada anak yang tidak berbapa. Sinar=Cinta menyebabkan gadis itu sedar akan dosa yang dilakukan dan menjadikan ia pedoman.

Buta=Cinta menyebabkan berlakunya pergaduhan. Sinar=Cinta menjadi pendamai mereka yang bermusuh, ia akan disudahi dengan kemaafan.

Buta=Cinta menyebabkan seorang lelaki sanggup bekorban untuk wanita. Sinar=Cinta membuatkan mereka kenal erti tanggungjawab.

Buta=Cinta menyebabkan akan ada hati yang terluka. Sinar=Cinta memulihkan hati itu dengan erti kasih sayang dari si dia.

Buta=Cinta menyebabkan mengalirkan air mata kesedihan. Sinar=Cinta menyebabkan air mata yang mengalir itu menjadi penawar luka.

Buta=Cinta menyebabkan seseorang itu menagih rasa sayang. Sinar=Cinta menghubung rasa sayang antara dua insan itu.

Buta=Cinta menagih perhatian orang yang kita sayang. Sinar=Cinta memohon insan kedua memberikannya kepada kita.

Buta=Cinta menyebabkan ibu kehilangan anak. Sinar=Cinta juga menyebabkan seorang ibu, bertambah anak(kawin).


Tetapi, cinta kepada NYA tiada yang buta, malah kita akan mendapat sinar, di dunia dan juga akhirat. Bg aku, cinta banyak mengajar aku erti tanggungjawab, erti persahabatan, erti rasa sayang, erti rasa rindu, erti rasa bahagia, erti rasa sedih, erti rasa gembira dan paling penting, cinta mengajar aku untuk menghargai seseorang yang ada dalam hidup aku ni. Aku bersyukur, dalam banyak buta dan sinar dalam cinta ni, aku kekal bersama si dia, BIDADARI CINTA. Sy CINTAKAN awk hanh.

Saturday, April 3, 2010

BIDADARI CINTA (EPISOD 1)

Pada tahun 2006, aku seperti biasa, menjalani kehidupan aku yang memboringkan sebagai seorang student di sebuah sekolah menengah di Kedah. Dalam kelas aku ni ada seorang budak yang baru je balik dari oc orang cakap. Aku pun tengok je la. N nak disingkatkan, kami pun jadi kawan. By the tme la orang ckap kan, aku pun terkawan la dengan budak ni(terpaksa ckp ter kawan, nt ada yg marah).


One day, dia bwk mai nset dia kt skolah, and kawan2 aku pakat dok tgk la nset dia. Then I saw something that interest me. The pic. Aku Tanya la dia spa pmpn yang dalam nset dia 2, then kwn dia yang nama fyd 2 jawab. AWON. Huh? Sapa? Aku pun jd nk ambik taw sapa awon 2. Siasat punya siasat mcm CSI punya siasatan aku dapat taw 2 akak dia la. Single lagi katanya. Ada chance ni. Hehehe. By the way, aku pun solo fighter ja selama ni. Teringin gak la aku nak kenal dengan seseorang yang bergelar wanita. Ceh, ayat macam aku ni penulis novel pulak.

Tp ada 1 problem sekarang ni. Macam mana aku nak dapat no fon dia and macam mana aku nak kenal dengan dia. Arh!!! Kalau aku mintak, sah2 minah ni tak nak kasi (owh, by the way2, minah adik perempuan dalam gambar tu aku lupa pulak nak mention, nama dia fatin). Aku pujuk punya pujuk and janji macam-macam, last2 aku dapat gak no AWON 2. Si fatin ni boleh bagi pun sebab dia taw aku ni baik and single kut. Ntah la kt dia.
Punya la xcited aku ari2, blik ja terus aku miscall no awon 2. Tapi xdak tindak balas. Aku pun send la mesej. Arap2 berbalas la. Tapi xda juga. Hm.. ni aku dah nak patah semangat ni. Then time magrib lepas aku bangunn dari tido, aku terpandang akan papran didalam nset aku, NEW MESSAGES. Rupa2nya dia dah balas mesej aku. Yes! Aku dah Berjaya.

Awal2 kenal kami mesej biasa2 ja. Aku pun mesej la awal2 cmni ha lebih kurang>

A>Sape name…

H>Hannah..

A>Sekolah kat mane…

H>Dekat sultanah asma..

A>Dah ade pakwe ke blum…

H>Complicated..
…………
…………

Cm2 la lbih kurang. Banyak lagi mesej 2, tapi xkan la aku nk tunjuk suma kt korang kan, kanga de plak yang kasi lempang kt aku. Buat pengetahuan korang la, aku n dia menggunakan rangkaian maxis ketika mesej2 ni. Korang tahu x, kos dia 7 sen per sms tahu x time 2. Mahal o0o0o0o0o..tme korang sekarang ada ja active 10 n macam2. Aku dulu mana ada semua 2.

Main msg punya msg, sekarang dah masuk 2 bulan aku msg ngan dia. N time ni aku n dia dah tkar la panggilan awk sy 2 kepada sayang n ayang. Owh, cute gitu. Hahaha. (Jangan marah k manja). Tapi korang jangan salah faham pulak. Time ni aku ngan dia xkapel pun lagi. Aku ni mmg la nak kapel. Tp dia yang xnak. So xkan la aku nk paksa pulak kan. Aku pun ok ja la. Dalam dok kenal 2, banyak persamaan antara kami dua, n satu menda yang aku masih ingat sampai sekarang menda yang buat kami rapat 1st dlu ialah gothic. Hehehe. Aku siap ambik majalah kat library sekolah aku yang ada tentang gothic 2 lg semata2 nak bg dia pinjam. Hee. Dasyat x? korang berani ke bt macam 2.

Seingat aku, aku still simpan lagi majalah 2. Sampai sekarang. Dah lama kenal, aku pun dapat tahu kg dia dkt ja dgn kg aku, kebetulan kan? Ha..kan aku dah cakap. Terlalu banyak sangat persamaan aku dan dirinya. Dia anak sulung, aku pun sama gak. Ha.. sambung blik story aku 2, bila aku dah tahu kg dia, aku pun g la jalan2 ngan moto kt kg dia 2. Time 2 aku xpenah pun smpai kat kg dia 2 walaupun agak dekat dengan kg aku. Kebetulan dia pun bercuti kt kg masa aku g 2.

Buat pengetahuan korang la kan, aku xpernah jumpa dia lagi sepanjang pengenalan kami ni, n aku xpenah tatap wajah dia pun selain yang dalam gambar dulu 2. Korang tgk, aku ni xdapat tgk dia pun, tapi aku n dia appy ja. N pada hari 2 la, bt pertama kalinya aku lihat wajah dia dengan kepala n mata n hati aku sendiri. Time 2 macam nak pecah aku punya dada Korang tahu x, itu pun juz 6 second macam 2 ja aku dapat tgk muka dia sbb dia malu. CANTIK. Sangat cantik. Macam bidadari. N itulah hari paling appy dalam idup aku bt pengetahuan semua. Ha..

Malam 2 aku xdapat tido korang tahu x. aku masih terbayang2 masa aku jumpa dengan dia 2. Bkan jumpa pun, juz tengok dari jauh ja.



SETAHUN KEMUDIAN.



Dah setahun aku kenal dengan Hannah. Aku makin sayangkan dia dan dia pun macam 2 jugak, dia xpenah cakap, tapi aku tahu la. Hee..6sense la katakana. Dan pada 1 haribulan Mei bersamaan dengan beberapa hijrah, telah terikatlah 1 ikatan antara kami. Aku dan Hannah, kapel. Hee.. dan keesokan harinya adalah birthday dia. 2 mei.

N korang nak tahu x, aku xtahu nk beli apa hadiah kt dia. Aku runsing ja. N aku pun ajak akak sepupu aku. Maklum la aku xpenah ada aweks, mana la nak tahu apa nak dibeli. Akak aku pun suggest aku beli baju kt dia. Ish, ada patut beli baju. Ape kelas.

Aku pun pkr punya piker, aku tahu aku nk beli apa. Aku beli bear dkt dia. N this is the 1st tme in my life I’m beli bear. Besar k. klu xcaya korang Tanya Hannah sendiri. Harga dia RM200++ la. Mahal x? biasa ar, bidadari cinta aku punya pasal.

Korang nak tahu cmna aku bawak bear 2 nek moto dari alor setar ke jitra?
Korang tggu la sambungan dia k. aku nk bt assgmnt plak ni. Bye2. Adios.

Friday, April 2, 2010

COUPLE?

COUPLE HARAM!!!!!!


Pernah seketika dulu saya rasa saya
tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak
suka..
Saya nak ‘join’, kawan kata saya
menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur
mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang
gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata
saya ‘mat capub’(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada
wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada
yang ‘couple’..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam
boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
“Adakah aku perlu BERCINTA?”
Dengan menggunakan akal seorang
pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk
ber’couple’..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang
paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-
sangat bersemangat
Apa orang kata..’ALL OUT’lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu
call saya..
‘gayut’ malam-malam..kadang-kadang
saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan
masa ber’couple’ tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau ‘birthday’ kita sambut sama-
sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini
dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang
saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya
banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah
manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan
diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak
tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu
untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan
perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak
brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang
salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam
lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara’..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku
maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk
sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan
masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal
sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah
itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang
tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh
Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-
A’raf,
surah ke 7, ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: “Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab
mereka dengan azab yang amat keras?”
Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai
alasan (pelepas tanggung jawab) kepada
Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa”.

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah
pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang
buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh
sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-
depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

“COUPLE HARAM“

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia
bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan
untuk ‘membenarkan’ pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu…

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study
dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran
seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu menyuruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab
(Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

“Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak
kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih
dilakukan..
Macam mana ya?”

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang
kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan
kawan..

“Alah kau tu..cakap je berapi..gaya
alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon..”

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke
tidak?
Adakah selama ini saya hanya
menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila
mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan
perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti
satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman
saya mengenai dakwah akan lebih
mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam
bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan
lupa baca Al-Quran hari ini, solat
awal waktu..
Dalam fikiran saya..
“Ni kira dakwah juga..saling ingat-
mengingati..”

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi
ta’aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk
aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program
sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk
bertanya dengan fasilitator yang ada
di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk
tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
“Kalaulah betul couple tu salah..habis
tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je
la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?”

Lalu saya menghampiri ‘Brother’
fasilitator tu.. Masa tu dia tengah
membelek-belek terjemahan Al-Qurannya
seorang diri.

“Assalamualaikum, bang, saya nak tanya
sikit boleh?”

“Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya
apa?”

“Er..macam ni,sebelum saya terlibat
dengan dakwah ni, saya ada kenal
seorang kawan ni, perempuan la. Tapi
bukanla setakat kawan biasa..rapat gak
la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..”

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple.
Nanti apa pula brother tu kate..mesti
dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas
tu saya tanya..

“Sebenarnya..couple ni boleh ke tak
bang?”

“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki
akan tertarik kepada perempuan, begitu
juga perempuan akan tertarik kepada
lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu
perlu dikawal dan ada batasnya.
Pergaulan perlu dijaga. Allah firman
dalam surah Al-Isra’, surah ke 17,
dalam ayat yg ke 32:
”Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang buruk.“

“Tapi bang,saya tak nampak pun yang
kami ni menghampiri zina. Niat kami
baik. Saya dah cuba sedaya upaya
mengawal perhubungan kami. Sms pun
takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi
tazkirah lagi. Kami selang-selang
bagi, hari ni saya, esok dia.”

Saya tak mahu mengalah.

“Memang betul niat nta baik. Tapi
ingat, niat tak pernah menghalalkan
cara. Yang batil tetap sahaja batil,
yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat
ni.”
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia,
dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan
sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing)
tempat tinggal mereka. Dan setan
menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia
menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang
yang berpandangan tajam. (Surah Al-
Ankabut, Surah 29, ayat 38)

“Akhi, kalau nta paham ayat ni,
sebenarnya apa yang berlaku pada nta
ialah, setan telah buat nta pandang
indah benda buruk yang nta lakukan.
Walaupun nta berpandangan tajam,
maksudnya nta berilmu tinggi. Memang
pada mulanya niat nta baik, tapi
ingat, syaitan itu sangat licik. Dia
akan sedaya upaya buat nta terjerumus
ke dalam kemaksiatan. Lagipun,
takkanlah sepanjang masa nta sms
dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada
masanya nta hanya melayan perasaan
dengan dia, kan?”

Betul juga katanya. Lepas tu saya
kata, “Tapi bang, saya dah janji
dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya
tahu kalau berjumpa nanti banyak
bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami
sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia
boleh membawa kepada zina juga bang?”

“Em, betul, nta dah janji taknak jumpa
dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina
kaki. kalau nta janji taknak call die
pula, nta dapat elak zina telinga dan
zina lidah. Tapi akh..masih ada zina
yang tetap nta tak dapat elak apabila
bercouple..”

“Zina hati?” Saya menduga.

“Betul, zina hati. Semua inilah yang
Rasulullah jelaskan dalam hadithnya
tentang bagaimana menghampiri zina tu.
Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus
Solihin, bawah bab larangan melihat
wanita. Rasulullah bersabda, mata
boleh berzina dgn melihat, lidah boleh
berzina dengan bercakap, tangan boleh
berzina dengan berpegangan. Kaki boleh
berzina dengan berjalan ke arah tempat
maksiat. Hati pula boleh berzina dgn
merindui, mengingati dan membayangi si
dia. Hakikatnye, macam mana pun nta
buat, nta tetap tak dapat lari
daripada zina hati.”

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak
dikata. Semua yang brother tu kata
tiada yang salahnya. Kemudian dia
sambung..

“Ana dulu pun couple gak. Lagi lama
daripada nta. Sejak sekolah sampai dah
masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana
sedar apa yang ana buat ni salah, ana
trus tinggalkan. Ana siap dah fikir,
dialah bakal isteri ana, yang akan
jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau
nak diikutkan lagi besar masalah ana
daripada nta.”

“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-
kawan dia kata. Dulu saya selalu minta
tolong mereka untuk rapat dengan dia.
Mesti nanti mereka semua tak puas hati
dengan saya. Dan dia sendiri pula,
saya takut apa-apa akan jadi pada dia
kalau dia tak dapat terima keputusan
ni. Sebab kami dah rapat sgt.”

Masa tu saya dah mula sebak. Malu
betul. Menangis depan brother tu
cerita pasal benda ni. Nasib baik tak
ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati
pun, mereka boleh buat apa? Paling
teruk pun, mereka akan mengata di
belakang nta. Nta tak kurang sikit
pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita
nak cari redha Allah, biarlah orang
nak kata apa-apa sekali pun, yang
penting redha Allah. Kalau Allah tak
redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”

Saya trdiam lagi.

“Pasal die pula, cube nta fikir dari
sudut positif, mungkin dia akan terima
keputusan nta scara matang. Mungkin
dia juga akan buat keputusan untuk
tidak lagi bercouple. Ana yakin, die
takkan buat apa-apa perkara bodoh.
Kalau die buat sekalipun, itu bukan
tagguungjawab nta, apa yang nta nak
buat tu betul, meninggalkan maksiat.
Semua orang akan tanggung balasan atas
perbuatannya sndiri.”

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa
itu saya menangis, saya dah sdar yang
saya kena berhenti couple. Dah jelas
sekarang, couple tu haram.

“Jadi apa saya nak buat bang?”

“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia.
Ana terangkan pada dia hubungan yang
dibina itu salah. Minta maaf, kita
berakhir di sini. Tolong jangan cari
saya lagi. Lepas itu ana terus tukar
nombor. Ana tak hubungi dia langsung
lepas tu.”

“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia
lagi ke? Tapi bang, saya ade juga
kawan perempuan lain, boleh pula saya
hubungi mereka?”

“Dengan dia ni lain. Nta dah pernah
ada ’sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau
nanti ditaqdirkan nta satu universiti
dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena
pula buat group discussion, masa tu
nta hanya layan dia hanya sebagai
group discussion partner.”

Tiba-tiba saya terfikir..

“Dia ni nak suruh aku clash malam ni
gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal
sangat?”

Saya cakap..

“Saya rasa saya belum ade kekuatan la
bang. Boleh tak saya tunggu sampai
saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan
benda ni?”

Saya ingat nak lari la. Lalu dia
jawab..

“Akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu
tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu
dibina. Allah tidak akan mengubah
keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu
mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh
rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat
11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila
baru nak tinggalkan couple ni..abang-
abang fasilitator ni pun ramai yang
pernah couple, bila masuk dakwah,
mereka tiggalkan.”

Alamak…tak boleh lari lagilah
nampaknye..saya rasa macam brother ni
paksa saya clash masa tu juga.

“Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya
saya kena tinggalkanla benda ni gak
ye. Macam tak larat rasanya nak tekan
button handphone ni. Rasa tak sanggup.”

“Kalau tak sanggup mari ana tolong
tekankan.”

“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip
sendiri.”

Teragak-agak saya nak taip masa tu.
Tapi saya gagahkn juga diri..

“Semuanya dah jelas..buat apa aku
tangguh-tangguh lagi. Takut nanti
hidayah ni Allah tarik, susah pula nak
tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya
dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya,
inilah masanya..”

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

“Assalamualaikum..Sebenarnya selama
ini hubungan kita salah di sisi Islam.
Saya ingat dengan mengubah cara
pergaulan kita, ia dah dibolehkan,
tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya
harap awak akan istiqamah meneruskan
perubahan yang awak dah buat, kerana
Allah. Saya minta maaf atas segala
yang dah berlaku. Kalau ada jodoh
insya-Allah, akan bertemu juga.
Assalamualaikum..”

Berat betul nak hantar sms tu kat awk.
Saya masih tak mampu nak ucap selamat
tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya
hanya akhirkan dengan ucapan salam.
Lepas beberapa ketika..saya tekan juga
button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup
saya dah hilang. Macam tak
percaya..saya dah hantar 1 sms, dan
clash dengan awak..

“Terima kasih bang..”

“Takpe, dah tanggungjawab..”

Malam tu saya saya tidur dengan
linangan air mata..tak sangka..mmg tak
disangka..Saya memang tak pernah
terfikir untuk clash, tapi itulah yang
terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-
tiba saya teringat ayat Allah..surah
Al-Baqarah, ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu
yang kamu benci. Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus
sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
Dalam usaha nak lupekan awk, bukan
senang,tapi saya terus cuba. Saya
selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta’lim di msjid, terangkan
pada orang, couple haram, tunjuk
segala dalil.. Macam-macam yang
berlaku..ada kritikan..ade gk yg
stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms
daripada awak..awak bagi gambar
bunga..bawah tu ada ayat..

“Seindah gubahan pertama..”

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan
saya. Saya pun fikir..” Kena tegaskan
rasanya”. Lepas tu saya hantarlah sms
ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

“Tiada yang lebih indah daripada
mendapat keredahaan ilahi..seindah
manapun gubahan pertama tu, selagi tak
mendapat keredahaanNya, tetap tiada
gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya
cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah
akan bertemu juga. Tapi saya taknak
awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah
yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..

-Yang Terakhir- “

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang
terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya…..

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

CERITA BANGANG

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga..

RAHSIA PEREMPUAN

+Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak menitiskan air matanya,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hati nya

+Bila dia tidak menghiraukan kamu,selepas kamu menyakiti hatinya,
lebih baik kamu beri dia masa utk menenangkan hatinya semula
sebelum kamu menegur dgn ucapan maaf.

+Wanita sukar hendak mencari benda yang dia benci tentang org yang paling
dia sayang(sebab itu ramai perempuan patah hati bila hubungan putus di tgh jalan)

+Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada difikirannya,walaupun dia sedang keluar dgn lelaki lain.

+Bila lelaki yang dia suka dan cinta memandang tajam ke dalam matanya,dia akan
cair seperti coklat!!

+Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian

+Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu sepruh mati,tolak cintanya
seca berlembut,jangan berkasar,sebab ada suatu semangat dalam dirinya yang kamu tidak tahu bila dia buat keputusan,dia akan lakukan apa sahaja

+Jika seorang gadis mula menjauhkan diri darimu,selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia utk seketika.sekiranya kamu masih ingin menganggap dirinya seorang kawan,cubalah tegurnya secara perlahan- lahan

+Wanita mudah meluahkan apa sapa mereka rasa melalui muzik,puisi,lukisan,tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

+Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna!

+ Bersikap lebih serius boleh mematikan mood wanita.

+Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam membrikan respon positif,misalnya menghubungi melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik sahaja gangang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

+Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi seorang wanita.jadi jangan senyum sembarangan

+Jika kamu menyukai seorang wanita.cubalah dengan memulakan dengan persahabatan.kemudian,biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

+Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,
tinggalkan dia sebab dia mamang tidak berminat denganmu.

+Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu,atau menunggu panggilan darimu,teruskan usaha untuk memikatnya

+Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.tanya dia sendiri!!

+Jika selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya ,kenapalah aku tak jumpa lelaki nie lebih awal.

+Jika kamu masih tercari cari cara paling romantik untuk memikat seorang gadis,cubalah rajin2 menyelak buku2 cinta.

+Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yg dicari seorang gadis ialah siapa yang duduk disebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

+Bekas teman lelaki akan sentiasa berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada ditempat teristimewa di hatinya!!

+Satu ucapan "hi " sahaja susah cukup menceriakan harinya.

+Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang dia rasa dan laluinya.

+Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata nak tackle kawan mereka yang paling cantik

+C.I.N.T.A bermaksud kesetiaan,ambil berat,jujur,dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi

+Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati

+Senjata wanita adalah air mata

+Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga,atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan berasa terharu dan merasakan bawaha dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia takkan ragu-ragu terhadapmu.

+Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yangambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah..

+Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tapi awas, perempuan sekarang dah meden la........

PERSONALITI. BETUL KER???

Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.....btul ke x...
korang layan je sampai lebam...huhuhuhuuh

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan

PEREMPUAN SEKARANG 'SENANG'

Hehehehe.
Ada yang rasa hangin ke baca tajuk tu?Rilek,rilek,jangan baling aku dengan kasut.Itu bukan satu statement yang aku cakap sebagai fakta.Mula-mula,sekali..mari aku ceritakan satu benda.

Aku lepak dengan member2 aku dua hari lepas.Member2 aku yang dah lama aku tak jumpa.Saja aje la berjumpa nak bertanya khabar.Borak-borak,sampailah dekat satu topik yang agak sensitif,iaitu topik yang kat atas tu.Macam mana boleh terkeluar topik tu,aku tak nak cerita,biasalah,LELAKI,jadi...takyah la aku cerita,karang jadi cerita porno.Member aku pun keluar la statement tu,"Perempuan sekarang sangat mudah ditiduri.Terlalu senang!"Ada la seorang member perempuan di kalangan kitorang tu dan selepas dia dengar aje statement member aku tu,laju je dia jeling,hehehe.Sensitif ke kak oi?

Aku pun (dengan muka kononnya tak paham,padahal sebenarnya suruh member aku elaborate) bertanya..."Eh,apa maksud mu itu wahai kawan ku?" Dia pun cerita la pasal apa yang dia "hampir" terbuat...

Ada lah seorang minah kat ofis dia ni yang nampak normal dan baik.Kiranya kalau tunjuk kat emak2 nak buat menantu lepas la,sejuk hati orang tua.Tapi..tapi.....tapi....minah ni duk usha je dia.Member aku layan aje la,"rezeki" datang bergolek.Daripada keluar makan,gi tengok wayang,jalan2 kat tasik sehinggalah memang berdating.Hampir sebulan lamanya mereka berpasang-pasangan.Bila dah nampak member aku ni baik punya caring...MINAH NI YANG AJAK BUAT BENDA TAK SENONOH TAPI SEDAP TU,TAPI SENONOH LA KALAU DAH KAHWIN.Tapi diorang mana kahwin lagi.Cuba bayangkan jika anda lelaki dan anda berada dalam situasi tersebut?Nak buat apa?Nak tolak rasa rugi,nak ikut dapat "ehem-ehem."

Mungkin kerana syaitan tak berapa berjaya merasuk member aku dan mungkin minah tu tidak pandai membuat gaya2 yang menggoda,member aku tolak.Yes!Lelaki yang tolak perempuan tu.Susah aa nak dengar ending camtu.

Heheheh.Sekarang banyak sangat kes yang terjadi.Aku pun dah nampak dengan mata aku sendiri zaman2 dulu kala aku macam mana MUDAHNYA perempuan ni,jadi mungkin aku pun sependapat dengan dia,"Perempuan sebenarnya senang ditiduri."Tapi tak semua la.Aku tak kata semua.

Bila member aku bukak cerita pasal tu,teringatlah aku dengan satu cerita yang aku dengar 5 tahun lepas waktu aku berjalan melawat rumah sedara mara.Sepupu aku ajak aku pegi melawat kawan dia,jadi aku ikut je la.Pegi la satu rumah dekat Jitra.Rumah member dia,sama kerja askar dengan sepupu aku.Borak punya borak,member sepupu aku cerita pasal mak dia suruh dia kahwin.Mak dia dah listkan 2 calon yang mak dia rasa sesuai dan solehah.

"Yang memula sekali mak aku kenalkan aku tu,aku tak mau.Sengap (senyap) sangat!Tak reti aku nak cakap apa dengan dia!"kata dia dengan bersemangat.

"Yang lagi sorang?"tanya sepupu aku.

"Haaa..yang tu,dia spesel sket!Hang nak tau pasaipa?"kata dia sambil gelak2 kecik.

"Pasaipa?"tanya kitorang dengan agak excited.

"Aku dah boh (bubuh) dia,"selamba je dia menjawab."Tak mau aku kahwin dengan pempuan macam tu.Cemuih!(geli,jijik)"

"Hehehe...,"aku gelak je la.

Entahla apa nak jadi.Perempuan sekarang ni ramai yang lagi berani dari lelaki.Mungkin sekarang ramai perempuan sudah tidak mementingkan maruah mereka,kerana apa ruginya berbuat demikian?Yang penting ada lelaki yang akan sponsor hidup dia,asal dapat rantai,gelang,henfon,kereta,nak kena bukak kaki selebar mana pun sanggup.Paling penting kemewahan.Baru boleh rasa macam Paris Hilton.Baru sama macam Paris Hilton!

Lelaki pulak,tah,aku rasa tak ramai kot lelaki yang mampu tahan godaan macam ni.Aku rasa kalau ada awek tiba-tiba datang menyerahkan tubuh dekat aku tanpa ada apa2 pertanyaan,aku pun akan berfantasi dulu macam mana kejadian tu.Lepas tu baru fikir macam mana.

Jadi,apa yang paling penting,kalau anda dapat lelaki yang terasa berat hati nak pegang anda,jagalah dia elok-elok.Lelaki pulak,kalau dapat perempuan yang tak bagi si lelaki menyentuhnya,tahan aje la,jangan langsung dilepaskan perempuan macam tu.Sebab sekarang ni terlalu ramai "perempuan yang easy" dan lelaki pulak "always easy," menyebabkan tidak ada lagi nikmat dalam berumahtangga.

Kepada yang dah terlanjur tu, kesiankan la perempuan tu.Kahwin la dengan dia.Perempuan tu sepatutnya mengajak ayah dan sedara mara supaya mengejar lelaki itu dengan shotgun,mintak dia bertanggungjawab.Kalau tiba-tiba perempuan tu tak nak kahwin dengan anda pulak..baik anda backhand aje perempuan tu sekali supaya dia sedar apa yang dia pilih tu.Atau mungkin sebab anda tak hensem.

Jangan tunggu sampai pregnant baru nak sedar risiko dia.
Kita bukan orang putih.Kita orang Melayu.....kita mesti jaga maruah Melayu...eh..silap..kita orang Islam,kita mesti jaga maruah Islam

Jangan marah aa.
Siapa marah maknanya dia terasa la tu.

MENDEKATI ZINA

Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w. ada bersabda: Wahai orang yang beriman, takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat. Ada pun yang berlaku di dunia ialah kehilangan keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa dalam keadaan susah, manakala tiga balasan di akhirat ialah kemurkaan Allah, balasan yang buruk, juga azab di neraka.
syurga di tutupi dgn benda2 yg tak menyeronokan,
neraka di tutupi dgn benda2 yg kita nak sgt lakukan,


Kerana ada hadith yang di riwayatkan dari Tarmizin dan Ahmad yang bermaksud:
"seburuk buruk orang di akhirat adalah orang yang menceritakan pengalaman bersertubuhnya kepada orang yang bukan hak"


KAHWINLAH CEPAT-CEPAT WAHAI PARA REMAJA...FITNAH SANGAT DAHSAT MENANTI, MAYAT ANAK ANAK LUAR NIKAH DI SINI SANA..BERTAUBATLAH SEBELUM MENJADI MAYAT...

PENYAKIT

The Holy Prophet (SAW) Said:
1) Four things that make your body sick:- a)Excessive talking
b)Excessive sleeping
c)Excessive eating and
d)Excessive meeting/outing with people

2) Four things that destroys the body:-
a)Worrying
b)Sorrow (Sadness/Grief)
c)Hunger

d)Sleeping late at night



3) Four things that make the face looking dull and haggard:-
a)Lying
b)Being disrespectful/impudent (knowingly)
c) Baseless arguements
d)Excessive immorality (committing sins without fear)

4) Four things that make the face glow and shine:-
a) Piety
b) Loyalty
c) Generosity and kindness
d)Helpful to others without being asked

5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-
a) Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)
b) Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers
c) Laziness/Idleness
d) Treachery/Dishonesty

6) Four things that bring/increase the Rizqi:-
a) Staying up in the night in prayers
b) Excessive Repentance
c) Regular Charity
d) Zikr (Remembrance of Allah)





The Holy Prophet (SAW), also said to communicate to others even if it is just One Verse (Ayaah), for this one verse will stand out on the Day of Judgment for intercession.



Allah Hu Alam.




The Holy Prophet (SAW) said,

" Stop doing everything during the Azaan, even if you are reading the Quran.

The person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalima E Shahada on his/her death bed".



.............so be careful, do not to make this mistake!!!











**READ THIS DU'A FOR BETTER LIFE**

Allahumma- inni- ala- Zikr-ika -wa Shuk-rika wa husni-Ibaadatik....Ameen.





A very powerful Du'a has been sent to you.





Imagine 1000 persons read it

just because of you..................Jazakallah.



ONLY you will seek goodness from

Allah SWT.

HANTARKAN AKU AL QURAN

?Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran? pekik Jamilah kepada Nabil..

?Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih? balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

?Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab? keluh Jamilah.

?Ala, awak bukan reti pun bahasa arab? jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

?Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat? tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

?Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid? sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

?Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?? pakcik menyoal sambil tersenyum.

?Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik? teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

?Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik? tegur pakcik berhemah.

?Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la? tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

?Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi? cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

?Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi? senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

?Jangan lupa baca ya? pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

?Sibuk je la pakcik tu? Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ?terpukul? dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

?Assalamualaikum semua? ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

?Inikah pengantin hari ini?? tegur selamba Ustaz Saad.

?Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..? jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

?Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin? cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

?Ss.. su.. surah apa ustaz?? Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

?Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa?d? kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

?Apa benda nih? detik hati Nabil.

?Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.... RIII..!!? berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

?Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A?uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..? kedengar suara gemersik Ustaz Sa?ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

?Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim? tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa?ad.


?Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..? penutup Ustaz Sa?ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa?ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.