Pages

Tuesday, June 1, 2010

ERTI SEBENAR CINTA

Cinta, itu satu perkataan keramat yang mana kita, orang tua hingga kanak-kanak pun tahu apa itu cinta. Apakah cinta pada korang? Cinta tu adalah penyeksaan. Cinta itu ibaratkan piano, kita yang memainkannya. Jari ini yang memetik setiap key pada piano, begitu juga dengan cinta, kita yang mencorakkan cinta itu dengan tangan kita sendiri. Cinta itu sebuah perasaan yang suci. Tidak semua manusia didunia ini dapat mengecapi cinta yang ada. Tapi, semua orang didunia ini akan mendapat cinta. Berhak untuk mencintai dan dicintai.

Cinta bagi aku ibarat sebuah kapal. Pelayaran yang aku buat dengan si dia selama 4 tahun menharungi lautan dugaan dan kegembiraan. Kadang-kadang kapal yang kami naiki dilanda bermacam masalah. Ibarat kapal yang melalui lautan gelora. Lautan dengan hujan dan rebut yang kami sendiri tidak tahu kesudahannya. Tapi, seperti mana yang dikatakan, jika kita bersama dengan orang yang kita sayangi, kita dapat laluinya dan akan Berjaya walaupun laluan dan risiko yang kita hadapi adalah amat berat. Amat mencabar.

Malam ni, aku nak kongsi tentang cabaran yang aku lalui dengan sidia. Tanggal 1/06/2010. Hari ini tak mungkin akan aku lupakan. Pada awalnya, aku dan dia happy, aku temankan sidia dari pagi hingga ke petang. Tapi, aku ni bodoh. Terlalu bodoh dalam percintaan. Terlintas dalam fikiran aku untuk menyiasat tentang dia. Orang yang aku sayang, yang aku cintai, orang yang amat mempercayai aku, tapi aku ada keraguaan padanya.

Aku marah pada si dia. Awalnya begini. Aku mintrak password untuk emailnya. Tapi dia tak nak kasi dekat aku. Aku makin marah apabila dia xnak bbagi. Aku bertindak seperti binatang. Aku marah dia. Aku buat dia sakit. Aku tahu, dia jauh dari keluarga, jauh dari aku, jauh dari semua orang yang sayangkan dia. Selama ini, akulah peneman setianya. Tidak pernah sekali aku tinggalkan dia keseorangan tanpa sebab. Bagi aku, dia seorang bayii yang merantau didunia orang lain. Yang perlukan seseorang yang menemaninya dalam setiap langkahnya. Dan aku bersyukur sebab orang yang dia pilih itu adalah aku. Malaikat biru.

Tapi, pada petang ini, penjaga yang selama ini tempat dia bergantung telah menjadi binatang padanya. Menjadi seorang yang tidak dia kenali. Hanya kerana curiga dan cemburu, aku bertukar menjadi binatang. Sedangkan dia amat baik pada ku. Aku memarahinya tanpa sebab. Tanpa munasabah. Oleh kerana sayangkan aku, dia bagi password emailnya kepada aku, untuk puaskan hati binatang ku.

Aku buka dan perhatikan setiap email yang dihantar kepadanya. Aku terkejut. Sungguh murni dan tulus hati bidadari cinta. Tidak ada satu email dari lelaki pun yang kelihatan. Cuma email dari rakan-rakan perempuan dan hal-hal pelajarannya. Sungguh bertuah aku memilikinya. Tapi aku sudah tiadak layak untuk dirinya. Aku curiga akan kejujuran yang dia berikan. Aku curiga akan setiap benda yang ada kaitan dengan dunia sosialnya. Aku dah terlanjur melukainya.

Ya Allah, dosa apa yang aku lakukan ini. Aku terlalu mengikut perasaan marah ku, perasaan curiga dan tidak percayaku. Ampunkan aku bidadari cinta. Ampunkan sayang. Aku telah tersalah menilai dirimu. Aku telah lukakan hatimu yang suci itu. Aku sayangkan kau bidadari cintaku. Tapi, apakah semua ini telah terlambat? Dia katakana padaku, jangan lagi mencarinya anadai apa yang dia katakana itu benar. Ya Allah, apakah aku akan kehilangan dia. Aku xnak kehilangan dia. Aku amat cintakanya. Amat sayangkan dia.

Pada malam itu, dalam sujud terakhirku dalam solat isyak, aku memohon keampunan dari Allah. Aku berdoa “ya Allah, kau ampunkanlah dosaku ya Allah, sesungguhnya aku telahpun berdosa pada dirinya ya Allah. Ampunkanlah aku ya Allah. Kau bukakanlah hatinya untuk menerima ku kembali ya Allah. Aku berjanji atas nama Agamamu ya Allah, akan ku berikan seluruh kepercayaan ku kepadanya. Akan aku hargai dia semasa dia ada denganku nanti, akan aku berikan dia kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Ya Allah, kau bukakanlah hatinya untuk diriku, untuk dia menerima daku sekali ini. Akan dapat aku memperbetulkan segala salahku padanya. Agar aku dapat mengasiihi dirinya. Ya Allah, kau panjangkan hubungan kami ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk kami sama-sama lalui dugaan mu Ya Allah, sesungguhnya engkau tidak akan menduga hambamu yang tidak mampu. Sesungguhnya kami mampu laluinya. Engkau bantulah kami ya Allah. Kau bantulah kami ya allah. Aku cintai dia ya allah, sesungguhnya dia tercipta dari rusukku, jadikanlah dia peneman hidupku. Amin ya rabbalalamin.”

Malam itu, sujudku lama. Aku gugurkan air mataku ketika sujudku itu. Aku memohon Allah, makbulkan lah doaku. Makbulkan lah doaku. Aku telah tersilap akan apa yang aku lakukan. Aku tersilap ya Allah. Andai kau memaafiku dan ada peluang untuk diriku lagi, pulanglah ke hatiku bidadari cinta. Aku akan jadikan engkau halal buatku. Halal untuk aku sentuh, halal untuk aku cium dan halal untuk aku menemani mu. Hingga ke akhir hayat kita. Aku amat cintakan dirimu.

Bidadari cinta, aku cintakan mu.

1 comment:

  1. nampak mcm ko menyesal kan bila adi gitu?bagi aku la,x salah kita nak jadi garang,dh namanya lelaki,fitrah lelaki mmg gitu..tapi aku nasihatkn ko,utk kebaikan aku,ko dan para pembaca lain...adalah lebih baik jika kita berdiam diri apabila tgh marah.sebabnya,semasa marah,emosi kita dan hati kita tak betul dan ada setan duk menumpang sama...jadi,istigfar byk2 bila rasa kt dh nak naik darah k..anyway,awek ko tu aku rasa ok,cuma gn menjadikan cemburu dan syak tu sebagai penghalang cinta korang di masa akan datang...

    okeh,semoga ko akn lebih matang dan aga awek tu elok..salam dari gua..new blogger..

    er,boleh la lawat blogger aku di http://beliamoden.blogspot.com

    ReplyDelete