Pages

Monday, August 8, 2016

MENANTI SUATU YANG TAK PASTI

    Memikirkan dia akan datang bertandang ke rumah. Aku dengan penuh niat mencari menu-menu masakan untuk dimasak. Hurm.. kek lapis! Yup. Kek lapis perjudian aku kali ini.

   Handfon ditangan ku lihat buat kali ke 23. Hish! Cakap nak mesej kalau nak datang. Jangankan mesej, getaran handfon ditangan pun takde. Mungkin dia sibuk kut.

   Aku menunggu.

Tuesday, June 1, 2010

ERTI SEBENAR CINTA

Cinta, itu satu perkataan keramat yang mana kita, orang tua hingga kanak-kanak pun tahu apa itu cinta. Apakah cinta pada korang? Cinta tu adalah penyeksaan. Cinta itu ibaratkan piano, kita yang memainkannya. Jari ini yang memetik setiap key pada piano, begitu juga dengan cinta, kita yang mencorakkan cinta itu dengan tangan kita sendiri. Cinta itu sebuah perasaan yang suci. Tidak semua manusia didunia ini dapat mengecapi cinta yang ada. Tapi, semua orang didunia ini akan mendapat cinta. Berhak untuk mencintai dan dicintai.

Cinta bagi aku ibarat sebuah kapal. Pelayaran yang aku buat dengan si dia selama 4 tahun menharungi lautan dugaan dan kegembiraan. Kadang-kadang kapal yang kami naiki dilanda bermacam masalah. Ibarat kapal yang melalui lautan gelora. Lautan dengan hujan dan rebut yang kami sendiri tidak tahu kesudahannya. Tapi, seperti mana yang dikatakan, jika kita bersama dengan orang yang kita sayangi, kita dapat laluinya dan akan Berjaya walaupun laluan dan risiko yang kita hadapi adalah amat berat. Amat mencabar.

Malam ni, aku nak kongsi tentang cabaran yang aku lalui dengan sidia. Tanggal 1/06/2010. Hari ini tak mungkin akan aku lupakan. Pada awalnya, aku dan dia happy, aku temankan sidia dari pagi hingga ke petang. Tapi, aku ni bodoh. Terlalu bodoh dalam percintaan. Terlintas dalam fikiran aku untuk menyiasat tentang dia. Orang yang aku sayang, yang aku cintai, orang yang amat mempercayai aku, tapi aku ada keraguaan padanya.

Aku marah pada si dia. Awalnya begini. Aku mintrak password untuk emailnya. Tapi dia tak nak kasi dekat aku. Aku makin marah apabila dia xnak bbagi. Aku bertindak seperti binatang. Aku marah dia. Aku buat dia sakit. Aku tahu, dia jauh dari keluarga, jauh dari aku, jauh dari semua orang yang sayangkan dia. Selama ini, akulah peneman setianya. Tidak pernah sekali aku tinggalkan dia keseorangan tanpa sebab. Bagi aku, dia seorang bayii yang merantau didunia orang lain. Yang perlukan seseorang yang menemaninya dalam setiap langkahnya. Dan aku bersyukur sebab orang yang dia pilih itu adalah aku. Malaikat biru.

Tapi, pada petang ini, penjaga yang selama ini tempat dia bergantung telah menjadi binatang padanya. Menjadi seorang yang tidak dia kenali. Hanya kerana curiga dan cemburu, aku bertukar menjadi binatang. Sedangkan dia amat baik pada ku. Aku memarahinya tanpa sebab. Tanpa munasabah. Oleh kerana sayangkan aku, dia bagi password emailnya kepada aku, untuk puaskan hati binatang ku.

Aku buka dan perhatikan setiap email yang dihantar kepadanya. Aku terkejut. Sungguh murni dan tulus hati bidadari cinta. Tidak ada satu email dari lelaki pun yang kelihatan. Cuma email dari rakan-rakan perempuan dan hal-hal pelajarannya. Sungguh bertuah aku memilikinya. Tapi aku sudah tiadak layak untuk dirinya. Aku curiga akan kejujuran yang dia berikan. Aku curiga akan setiap benda yang ada kaitan dengan dunia sosialnya. Aku dah terlanjur melukainya.

Ya Allah, dosa apa yang aku lakukan ini. Aku terlalu mengikut perasaan marah ku, perasaan curiga dan tidak percayaku. Ampunkan aku bidadari cinta. Ampunkan sayang. Aku telah tersalah menilai dirimu. Aku telah lukakan hatimu yang suci itu. Aku sayangkan kau bidadari cintaku. Tapi, apakah semua ini telah terlambat? Dia katakana padaku, jangan lagi mencarinya anadai apa yang dia katakana itu benar. Ya Allah, apakah aku akan kehilangan dia. Aku xnak kehilangan dia. Aku amat cintakanya. Amat sayangkan dia.

Pada malam itu, dalam sujud terakhirku dalam solat isyak, aku memohon keampunan dari Allah. Aku berdoa “ya Allah, kau ampunkanlah dosaku ya Allah, sesungguhnya aku telahpun berdosa pada dirinya ya Allah. Ampunkanlah aku ya Allah. Kau bukakanlah hatinya untuk menerima ku kembali ya Allah. Aku berjanji atas nama Agamamu ya Allah, akan ku berikan seluruh kepercayaan ku kepadanya. Akan aku hargai dia semasa dia ada denganku nanti, akan aku berikan dia kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Ya Allah, kau bukakanlah hatinya untuk diriku, untuk dia menerima daku sekali ini. Akan dapat aku memperbetulkan segala salahku padanya. Agar aku dapat mengasiihi dirinya. Ya Allah, kau panjangkan hubungan kami ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk kami sama-sama lalui dugaan mu Ya Allah, sesungguhnya engkau tidak akan menduga hambamu yang tidak mampu. Sesungguhnya kami mampu laluinya. Engkau bantulah kami ya Allah. Kau bantulah kami ya allah. Aku cintai dia ya allah, sesungguhnya dia tercipta dari rusukku, jadikanlah dia peneman hidupku. Amin ya rabbalalamin.”

Malam itu, sujudku lama. Aku gugurkan air mataku ketika sujudku itu. Aku memohon Allah, makbulkan lah doaku. Makbulkan lah doaku. Aku telah tersilap akan apa yang aku lakukan. Aku tersilap ya Allah. Andai kau memaafiku dan ada peluang untuk diriku lagi, pulanglah ke hatiku bidadari cinta. Aku akan jadikan engkau halal buatku. Halal untuk aku sentuh, halal untuk aku cium dan halal untuk aku menemani mu. Hingga ke akhir hayat kita. Aku amat cintakan dirimu.

Bidadari cinta, aku cintakan mu.

Tuesday, April 27, 2010

BIDADARI CINTA (EPISOD 2)




Kebetulan pulak aku jmpa akak spupu aku ari2. Dah 2 aku ajak la dia teman aku g antar bear tuk bidadari cinta. Akak aku ni sporting skit. So aku ni bodoh skit bab love2 ni sbb xpnah cinta2. Aku nk bawak ja bear 2 dalam plastic. Dah 2 akak aku tarik telinga aku n cakap, meh ikut dia. Aku pun xtahu apa yang dia nk bt, aku ikut ja la. Dah 2 dia bawak aku g kedai hadiah. Then beli beg yang kertas 2. Hahaha. Tak terpikir aku nk ltak bear dalam 2. Bodoh gla. Hahaha.

Then, aku n akak aku pun nek la moto kapcai aku ni nak g antar bear kt bidadari cinta. Aku pun text la dia.

>bi ada kt mana?

>luar..

>nak bagi smthg ni..

>xpayah la..owg kt luar dgn ma..

>xpa, syg nk g antar kt umah..blik tau..

>ish, owg ckp xpayah, xpayah la..

Ni aku nak marah ni. Dah la aku beli hadiah mahal2, dia bt cmni lak. Mau xangin 1 badan aku. Dah tu, dgn penuh tekad, aku truskan jugak niat aku ni. Sesampai ja aku kt jitra, aku trus text dia lagi.

>kt mana..

>kt luar..

>kt mana..hm..

>kt jitra la makan-makan ngan ma n im..

>yala..kt mana skang..

>pizza..

Then, aku taw ja dia kt mana, aku trus g kt c2. Sebelum 2 aku antar akak aku g kt jitra mall dlu. Yela, xkan dia nak ikut plak au nak jmpa bidadari cinta. Sebenarnya time 2 bidadari cinta tak tahu aku ada dkt jitra. Dia ingat aku kt umah. Ha.. dah 2 aku pun pusing la cri bidadari cinta.

Last2 korang tahu x apa yang bt aku nmpak dia? Aku Nampak adik dia im 2 kt luar kdai buku. Dah 2 aku terus la g dkt c2. Dah 2 kebetulan aku smapai ja kt depan kedai 2, bidadari cinta pun melangkah keluar dari kedai 2. Dia terkejut nmpak aku ada kt dpan 2. Aku apalagi la, kelu terus. Bt pengetahuan korang semua la kan. INI ADALAH PERTAMA KALI KAMI BERTENTANG MATA. Sbb sblum ni kami xprnah jumpa lansg dan xpernah bertentang mata. Time 2, tuhan sja la yang tahu apa aku rasa.

Aku rasa macam nak gila. Sumaph. Korang tak tahu cmna rasa aku time 2 sbb koang mana ada bidadari cinta. Aku ja ada. Ha. Dah 2 mak dia pun dating gak. Aku ni tangan punya la ketar korang tahu x tme 2. Mak dia snym ja kt aku. Aku ni xpandang lain dah. Pandang dia ja tahu x. ha. Korang tahu la macam mana muka aku masa 2. Merah padam. Aku lihat dia cantik sgt. Tp 1 ja yang xok tme ni. Dai wat muak moody kt aku sbb dia xbg aku antar bear 2. Tp dalam moody 2 ttp ada senyuman. Senyuman yang aku xboleh dapat dari mana-mana wanita pun.

Then mak dia(bakal mak aku) hee tanya la,

-mai mana?

-ni, nak hantar ni kat awon.

-bru beli ka?

-haah, besday awon.

Then aku pun dengan muka macho tahap gila2 la hulurkan tangan aku n kasi bear kt bidadari cinta.

Sambil hulur 2:

-happy birthday.

-thx..

Nah! Itu ja yang mampu aku ucap kt dia pada 1st day kami jumpa. Macam apa g. dah la susah ja nk jumpa n juz menda 2 ja aku ucap. Then mak dia ajak la aku join diaowg. Niat aty ada jgk nak join, tapi malu, lagipun aku tringat orang tua yang sorang 2 aku tglkan kt jitra mall. Hahahaha.

Lepas ja dia ucap thx 2 aku terus belah n jadi macam orang bodo yang tgh happy gila. Aku g cri akak aku n trus blik. Dalam hati punya la happy. Dalam perjalanan, smpai la ke rumah, 1 patah apa pun aku xcakap atas moto 2. Dok tersengih macam kerang busuk ja korang tahu x. hahaha.

Aku sgt appy pada masa 2. Sesampai ja kt umah, aku dapat msg.

>thx syg..

Dan2 aku appy sgt. Hee. Ni la episode birthday BIDADARI CINTA yang aku bleh crita bt masa skang. Hee. Ada byk g crita tntg kami.

Tggu taw… arh!!!!!assgmnt lak!! No!!!! nyte.

Saturday, April 17, 2010

CINTA ANAK PENOREH

Cinta. Itullah permulaan yang aku tahu. Eh, jap-jap ar. Aku nk piker jap. Aku nk start dari aku sekolah dlu. Ha, baru menarik betul tak.

Benda ni start dari aku form 5 lagi. Aku berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama bidadari cinta. Perkenalan kami bukanlah disengajakan, tapi secara tak sengaja. Nak jadikan cerita, aku dan si dia ni jatuh cinta dan bercinta. Aku amat cintakan dia. Dan begitu juga dengan dirinya. Aku tahu, dia amat cintakan diriku.
Setelah tamat persekolahan dan aku kini belajar di salah sebuah intitusi pengajian tinggi di Negara ini,, dia mengambil keputusan untuk membawa ku berjumpa dengan keluarganya. Aku dalam hati ni punyalah berdebar. Faham-faham la aku nk jumpa dengan family perempuan yang aku cintai. Aku takut akan apa keputusan yang akan dikatakan oleh familynya. Maklumlah, dia ni anak orang berada. Sedangkan aku cuma anak seorang penoreh.

Petang itu, dia datang dan menjemput aku. Dalam perjalanan tu, dai bertanya pada aku. “napa ni syg, awak takut ker?”. Ish, tanya lagi minah ni. Sah-sah la aku takut. “er, tak la, nak takut apa pulak. Kan nk keluarga awak akan jadi keluarga saya jugak.”. aku cuba menenangkan diri aku sendiri yang tak tenang-tenang.
Sekarang, kami dah sampai dirumahnya. Kereta meluncur perlahan kedalam ruang letak kereta. Aku melucutkan tali pinggan keselamatan dari tubuhku. Pintu kereta aku kuak perlahan terbuka. Di pintu rumah, kelihatan seorang lelaki, bermisai, bertubuh tegap memerhati setiap gerak ku. Mungkin itu bapanya. Belum sempat aku nak bertanya, bidadari cinta pun memperkenalkan lelaki itu kepada ku. “Awak, ini papa saya.”. aku menghulurkan tangan. Tapi salamku itu tidak disambut. ‘ah, apakah ini petanda bahawa sesuatu yang aku takuti akan terjadi’.

Aku lihat, bidadari cinta Cuma menundukkan kepala dan tidak berkata apa-apa. Dia menarik tanganku untuk masuk kedalam rumah. Aku cuma menurut. Didalam hati ini hanya tuhan yang tahu, betapa malu aku tadi. Aku cuba untuk bersabar kerana aku sayangkan bidadari cinta sangat. Dia membawa aku kesatu ruang besar didalam rumah banglo itu. Kelihatan seorang perempuan dan bapanya tadi duduk bersebelahan di atas sofa mahal dan kaki diletakkan diatas kaki yang 1 lagi.

Apabila aku mendekati mereka, aku lihat riak wajah mereka tidak senyum. Cuma riak wajah yang serius kelihatan. ‘ah, biasa la riak wajah ni, ini kan tentang masa depan dan pasangan anak mereka. Tentu perkara ini diambik serius.’. Aku berkata-kata dalam hati yang dari tadi aku tidak tahu apa yang aku gusarkan. Mungkinkah kerana perkara yang terjadi di muka pintu tadi?. Arh, persetankan semua itu. Ketika itu, keadaan diam. Sehinggalah bidadari cinta memperkenalkan aku kepada keluarganya. “Awak, ini ibu sy, dan ini papa sy.”.

Aku menghulurkan tangan aku untuk bersalaman dengan mereka. Sekali lagi aku dimalukan. Salamku tidak disambut. Keadaan diam seketika. Aku kelu untuk berkata. “Apa tujuan kamu bawa dia kemari?”. Kedengaran 1 suara memecah kesunyian itu. Bapanya memulakan perbualan. Aku rasa mungkin inilah masa untuk aku memulakan bicara. “Pak cik, sy malaikat biru, saya kesini untuk meminta izin daripada pak cik dan mak cik untuk berkawan dengan bidadari cinta. Saya dan bidadari cinta dah lama kenal. Saya rasa kurang sopan kiranya mak cik dan pak cik tidak tahu akan hubungan kami iini.”. fuh, lega aku rasa apabila aku dah luahkan apa yang terbuku.

Sekarang, aku Cuma menanti bicara dan kata dari ibu dan bapanya. Aku cuma berharap akan ada sesuatu yang baik diucapkan dari mulut mereka. Krtika itu, keadaan ku kira agak suram. Lalu, keluar seorang perempuan tua membawa minuman didalam dulang. Dalam pada yang sama, ayahnya bersuara. “Apa kerja kau?”. Ah, sudah. Dia tanya kerja pulak. “Saya belum bekerja pakcik. Masih belajar. Saya ambik jurusan kejuruteraan awam.”. diam kembali suasana. “bapak kau?”. “Bapak saya penoreh.”. “Apa! Penoreh? Dan kamu ada hati nak berbinikan anak Dato?”. Suara lantang itu kedengaran dari mulut ibunya. Aku terkejut dengan suara lantang itu. Ya Allah. Aku rasa amat malu apabila diajukan soalan yang sebegitu rupa. Apakah ini dugaan yang kau berikan kepada aku ya tuhan.

“Pak cik rasa, kamu pulang la. Cerminkan diri kamu yang comot itu dahulu sebelum kamu datang kesini lagi. Ini keluarga bermaruah, bukan keluarga kampong macam kamu.” Allah. Lagi 1 panahan yang terpaksa kau terima. Apakah aku hina sangat. Ku lihat, air mata mula mengalir dari pipi bidadari cinta. Kenapa dia harus menangis? sepatutnya aku yang menangis. Aku tak sedar akan diriku, pipit yang terbang rendah hendak berkawan dengan anak helang yang tinggi diangkasa.

Aku menunduk malu dan melangkah keluar dari rumah itu, rumah yang ku anggapkan sangkar emas yang tidak patut pipit sepertiku berada. Ku lihat bidadari cinta sedang mengejarku tapi, bapanya lagi pantas menarik dia masuk kedalam rumah. Memang malang nasib aku. Ketika aku berjalan pulang itu la hujan turun dengan lebat. Mungkin hujan juga tahu akan malangnya nasib aku ni. Bertahun mencurah kasih dan sayang, akhirnya aku Cuma mencurah kasih didaun keladi.

Tiba dirumah, aku menapi nasib malangku. Btl apa yang dikatakan oleh bapanya. Aku Cuma seorang anak penoreh yang comot dan tidak sedar diri. Aku orang yang hina. Keesokan harinya aku membeli tiket bas untuk pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang, aku termenung. Aku terkenangkan bapa yang membesarkan aku dengan hanya dari hasil torehan pokok getah tua sehingga aku ke menara gading ini. Tp aku telah membuatkan diri aku kelihatan hina. Aku malu untuk menatap wajah orang tuaku. Malu kerana aku telah dihina dan mereka turut terlibat.

Sesampai di kampung, aku menaiki teksi menuju ke rumahku yang terletak di kawasan yang agak dalam. Semasa dalam perjalanan pulang, aku melihat disekeliling aku kelihatan pokok-pokok padi sedang menguning. Kemudian aku melalui deretan pokok-pokok getah tua yang ada di tepian jalan yang aku lalui. Terasa terubat rasa sedih dihati ku. Teksi member isyarat membelok ke halaman rumahku. Kelihatan seorang perempuan tua sedang menyapu daun-daun kering yang gugur diatas tanah di halaman. Susuk tubuh itu amat aku kenali. Itulah ibuku.

Teksi berhenti. Aku turun dan terus meluru kearah ibuku. Ku kucup tangan tua itu. Nyaman rasa didada ku. Ku lihat senyuman kecil terukir di wajah tua itu. Aku peluk erat tubuh itu. “Mak sihat?”. “Sihat nak, kenapa tak beritahu nak balik ni?”. Aku tidak terus menjawab pertanyaan itu. Aku mengalihkan pertanyaan itu dengan pertanyaan lain. “Mak, ayah mana mak?”. “Ayah kemana lagi, di kebun la agaknya. Naiklah dulu atas rumah 2. Nanti mak buatkan air.”.

Aku menurut perintah ibuku. Aku melangkah gerak ke atas rumah. Naik dan terus ke bilik. Adik-adik ku semuanya berada diasrama. Semua mereka berasrama penuh. Aku lihat, bilik aku tersusun kemas. Masih seperti mana yang aku tinggalkan dulu. Mak memang menjaga bilik anak-anaknya. Dalam fikiran ku, ada yang aku mahu nyatakan kepada ibuku, aku ada niat yang mungkin akan dihalang oleh mereka.

Malam itu, kelihatan ayahku sedang bersiap-siap untuk kemasjid. “Hah, apa yang kamu tengok lagi, marilah ikut ayah ke masjid. Dah lama kamu tak ke masjid dengan ayah.”. aku menurut perintah. Aku capai ketayap lusuhku yang tersimpan rapi didalam almari. Aku mengikut jejak ayahku dari belakang. “Apa yang buat kamu balik ni?”. “kamu bercuti ka?”. Aku diam seketika. “Tak ayah, saja saya pulang sebab rindukan kampung. Rindukan ayah dan mak.”. Aku diam kembali.

Aku tiba dimasjid. Kelihatan ada anak-anak berlarian di tepi masjid. Masih ramai orang yang ke masjid. Mungkin kerana tiada aktiviti social seperti mana aku di Bandar. Sebab itulah ramai yang datang ke masjid. Masjidlah tempat orang-orang kampung ku bertemu dan berborak. Aku terus menuju ke dalam. Kelihatan bilal melaungkan iqamah. Saf didirikan. Aku turut mengikuti. Selesai solat, aku dan ayah tidak terus pulang. Kami mendengar ceramah agama yang diberikan.

Setelah selesai ceramah. Aku dan ayah berjalan pulang. Di pintu, ibu sedang menunggu kami dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Setelah menukar pakaian, aku keluar dan termenung diatas balkoni rumahku. Ibuku hidangkan air kopi dan sedikit biskut kering. Aku hirup perlahan kopi itu. Terasa pahit kopi menangkap dahaga di tekak ku ini. Aku ingin memulakan bicara. Tapi aku tidak tahu dari mana harus aku mulakan bicara yang aku mempunyai niat penting ini.

Aku memulakan bicara. “mak, ayah, saya nak mintak izin dari mak dan ayah. Saya nak merantau ke luar Negara.”. Ibu dan ayahku saling berpandangan. Lalu ibku bersuara. “Nak merantau ke mana?”. “Saya nak ke luar Negara mak. Saya nak jauhkan diri dari tempat ni.”. “mak tak faham kenapa kamu cakap semua ni. Apa maksud kamu?”. Ah. Susah untuk aku jelaskan. Tapi aku perlu jelaskan juga. Aku ceritakan segalanya kepada ibubapaku. Aku harap mereka akan faham akan maksud diriku ini. Setelah aku ceritakn segalanya, ibu dan bapaku seakan faham akan apa yang bersarang di kepalaku sekarang.
Kelihatan perit muka kedua ibubapaku. “Kamu dah piker masak-masak ka nak.”. “ya mak”. Keadaan diam seketika. Yang kedengaran hanyalah bunyi unggas dan cengkerik yang menyanyi girang. “mak, mingu hadapan saya akan berlepas ke Australia. Saya akan lama disana. Saya tak akan pulang selagi saya tak Berjaya.”. Saya mohon restu mak dan ayah. Agar saya Berjaya. Pelajaran saya disini saya dah tiggalkan mak. Saya akan sambung nanti.

Sejak 2 minggu lalu aku tak pernah mendapat khabar tentang bidadari cinta. Dari khabar angin yang aku dengar, dia telah dihantar keluar Negara sehari lepas aku ke rumahnya. Kemana? Aku sendiri tidak tahu. Apa yang aku tahu, dia Cuma dipaksa pergi oleh keluarganya. Mungkin keluarganya takut aku datang mencarinya. Aku masih sayangkan dirinya. Dan kini aku akan buktikan kepada orang tuanya yang aku bukan pipit yang hanya akan terus jadi pipit, tapi pipit yang akan menjadi merak. Merak bukan hanya merak, tetapi merak yang dapat mengepak untuk terbang.

Ops…apa lagi, to be continue la.. tggu ar..

Monday, April 12, 2010

IKHLAS

Hari ini, aku telah melakukan kesilapan. Aku sedar akan diriku yang serba kekurangan. Aku panas baran, cemburu x bertempat, suka marah dan menyalahkan takdir.
Hari ini, aku telah melukakan orang yang aku cintai. Aku telah melakukan 1 kesalahan yang aku sendiri x pernah sedar yang aku telah malukan dia dihadapan kawan2nya.
Pabila dia bertanyakan pada aku, apa dosa yang dia lakukan hingga aku membalaskan segala apa yang dia lakukan dengan perkara ini. Ya Allah, aku tersentak, apa yang aku lakukan? Kenapa aku lakukan semua ini.

Ini semua terjadi apabila nafsu menguasai diri aku. Aku terlalu ikutkan nafsu marahku. Aku memarahi kawan2 dia tanpa sebab. Selalunya dia akan memarahi aku bila aku melakukan kesilapan. Tp tidak pada kali ini, dia bertanyakan dengan lembut padaku, apakah dosa n kesalahan dia sehingga aku menghukumnya sebegini rupa.

Petang itu, ketika menerima pesanan ringkas darinya, aku berasa amat malu akan apa yang telah aku lakukan. Dia akan meninggalkan aku buat selamanya kah? Aku xnak dia pergi dari hidup aku. Dalam keadaan yang kesal itu tiba-tiba aku terpandang bbaju melayuku yang tergantung didalam almari.

Dengan langkah yg aku tidak pasti apa, aku capai baju melayu lalu aku sarungkan baju itu ditubuhku. Ketika itu kedengaran suara azan yang dating dari masjid yang berhampiran dengan rumahku ini. Aku terus menapak ke Rumah Allah itu. Tempat yang dah lama aku tidak jejakkan kaki aku ini. Dalam samar dari jauh aku Nampak, pak cik-pak cik tua sedang berada didalam masjid itu menunaikan solat sunat. Kelihatan juga anak-anak kecil yang berada di belakang orang tua mereka turut mengikut gerak solat orang tuanya.

Aku menuju ke arah pancuran yang terdapat ditepi masjid itu. Aku tenangkan fikiran aku yang sedang bercelaru itu. Aku sempurnakan wudukku. Alhamdulillah, aku melangkah masuk kedalam masjid itu. Masih dalam keadaan yang sedikit bercelaru, kesal, hampa dan macam2 yang terngiang2 dalam kepala aku ni. Aku duduk sebentar di 1 sudut didalam masjid. Lalu, qamat dilaungkan oleh bilal. Kelihatan semua jemaah bangun medirikan sauq. Aku turut serta.


Kedengaran suara imam mengangkat takbir. Aku cuba tenangkan fikiran aku. Aku turut mengangkat takbir. Kedengaran laungan bacaan surah merdu keluar dari mulutnya. Ketika itu tanpa aku sedar, air mata aku mula mengalir perlahang. Tenang aku rasakan mendengar laungan pujian keatas-Nya.

Selesai solat, selepas mengaminkan doa, aku tidak terus pulang. Aku melangkah perlahan, mengambil 1 sudut yang sunyi dan tampak jauh dari orang. Aku kerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai solat, aku capai senaskah al-quran dari almari. Aku membacanya, aku cuba untuk mencari ketenangan. Ketenangan yang telah lama aku tidak dapat rasa.

Sekali lagi aku mengalirkan air mata. Kali ini, air mata ini begitu murah. Ia mengalair dengan deras. Aku terbayang wajah sidia, seorang yang aku knal degil, ceria, ska menyakat dulu itu kini menjadii pendiam. Mmg btl byk perubahan yang baik dalam dirinya sejak kami berdua, tapi semua itu harus dibayar dengan harga yang mahal. Harus dibayar dengan air mata orang yang aku cintai. Ya Allah, apakah dosa yang aku telah lakukan ini. Besarkah dosa aku ini Ya Allah.

Tiba-tiba, aku terkejut. Bahu aku ditepuk dari arah belakang. Aku lihat ada wajah tua, jernih, memandang aku dengan penuh tanda tanya diwajahnya. Ya, itulah orang yang menggiimamkan solat aku tadi. Dengan nada lembut, dia ajukan soalan kepadaku:


~“pakcik tengok anak menangis ketika membaca al Quran. Apakah anak faham maksud al Quran itu?”

~“tidak pakcik,sy xfaham apa2 pun. Sy Cuma menbacanya dan dari situ sy mendapat ketenangan. Dan tiba-tiba sy teringat orang yg sy syg. Sy banyak lakukan kesalahan pada dia.”

~” siapa orang 2? Boleh pakcik tahu?”

~”seorang perempuan yang ada dalam hidup sy. Seorang yang amat sy sayangi, yang sy cintai, orang yang perlu ada dengan sy. Sy nk dia jadi halal untuk saya pakcik. Saya nak jadikan dia isteri sy.”

~”jadi, kenapa anak bersedih? Bukankah itu satu perkara yang baik? Mmg Allah menyokong dan sentiasa ada dengan mereka yang mahu membina masjid, yang ingin mengeratkan silaturrahim. Kenapa anak bersedih?”

~”tapi sekarang dia marahkan sy. Dia mahu sy pergi dari hidup dia. Pergi buat selamanya. Jauh dari hidup dia. Kerana, bagi dia sy beban dalam hidup dia. Sy banyak lukakan dia. Sy banyak salah pada dia. Dan hari ini sy telah malukan dia. Depan kawan2 dia.”

~”anak, setiap benda yang terjadi itu adalah kehendak dari Nya. Kita mampu menghalang dan xmampu untuk mengubah masa lampau. Atas sebab itulah kita diberikan akal untuk berfikir. Kerana Allah mahu kita berfikri sebelum melakukan sesuatu perkara. Kita sebagai manusia hanya mampu menerima takdir itu dengan tangan dan dada yang terbuka. Ikhlaskan hati kita dan redha dengan apa yang berlaku, kerana dengan cara itu Allah akan tenangkan hati kita ini. Apa btl anak syangkan dia?”

~”ya pakcik. Sy sygkan dia sgt. Sy nak dia ada dengan sy. Sy nk cintai dia seperti mula2 kami knal dulu.”

~” anak muda, cinta dan syg itu xbermaksud memiliki, kita cintakan Allah, tapi kita xdapat memiliki Nya. Allah hanya berada didalm hati kita. Kita sygkan rasul kita. Tapi kita xdapat memilikinya. Dia hanya ada dalam dada kita ini dan sebagai pemimpin kita.”

Aku masih tidak faham akan kata2 dari mulutnya. Aku terdiam sejenak. Lalu aku ajukan 1 soalan kepaddanya.

~”maksudnya? Sy tidak berapa faham.”

~” anak. Cinta bukan bermaksud memiliki, bukan bermaksud kepunyaan. Cinta ini adalah satu anugerah yang Allah bagi kepada hambanya yang terpilih. Yang Dia syg, yang mampu untuk bercinta. Cinta ini bermaksud ikhlas mahukan dia bahagia. Dalm keadaan anak, anak cintakan dia, dimasa yang sama anak lukakan hati dia, bt dia kecewa. Apakah anak dia terus begitu?”

~”Xnak. Sy nak bahagiakan dia. Sy nak dia bahagia.”
~” Anak, ikhlaskan hati anak, lepaskanlah dia. Ingat, cinta itu bkn memiliki, tapi memberi. Disini, anak memberikan dia kebebasan, kebahagian, masa depan, dan apa yang telah anak ambik dari dia. Ikhlaskan hati anak untuk tgk dia bahagia, walaupun kita terluka, tapi kita akan bahagia bila kita tahu orang yang kita syg itu bahagia dalam hidupnya. Anak nak x tgk dia bahagia?”

~”nak.”

~”jadi, anak lepaskan dia. Ikhlaskan hati anak, biar dia yang tentukan pilihan dia. Anak, atau dia nak pergi dari hati dan hidup anak. Hanya dia yang tahu apa yang dia mahukan dan dia tahu, keputusan yang terbaik untuk dirinya. Anak bbagitahu lah dia yang anak ikhlas dan redha akan apa saja keputusan yang akan dia berikan. Selepas itu, anak hanya boleh berdoa untuk dia. Doa untuk pastikan dia bahagia. Jika dia masih memilih anak, buatlah yang terbaik untuk dirinya, dan jangan lah anak bt kesilapan yang xpatut anak bt itu. Fikiran dan iman adalah pemandu kita.”



Aku diam mendengar itu. Aku tahu aku harus ikhlas. Aku nak bidadari cinta aku bahagia. Walaupun dgn orang lain. Dan aku Cuma boleh memandang dari jauh, aku redha kali ini. Aku redha. Aku nak engkau bahagia bidadariku. Mungkin kau membaca blog ini, segalanya terletak pada tangan mu, aku hanya maupu untuk ikhlas dan berserah. Aku doakan kau bahagia sayangku. Jika membaca nukilan ini, kau tentukanlah jawapannya.

Jika kau mahukan aku lagi, mesejlah aku dengan memberi salam. Jika engkau mahu tglkan diriku ini, mesejlah aku dengan ucapan terima kasih. Kau tahu mana untuk kau mencari ku. Hubungi aku dengan kata2 yang ada itu. Aku cintakan bidadari cintaku.aku cintakan kau bidadari cinta.

Salam.

Saturday, April 10, 2010

RAHSIA WAKTU SOLAT

CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita Wink

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan penyayangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ... Rolling Eyes
Wallahualam..

ZINA?

Hari ni aku terlalu banyak sabgat kerja. Aku lupa akan tanggungjawab aku. Mgkin bg dia, dia bkn tggjawab aku, tp aku terlalu sygkan dia. Dia sgalanya buat aku. Arini dia dah majuk ngan aku. Sbb aku xdak masa ngan dia. Btl, arini aku xbagi masa tuk dia. Sbb aku btl2 sibuk. Walaupun dia majuk ngan aku, tp aku taw, dia faham aku. Xpernah dia xfaham aku. Hannah, love u manja. Hee.. jangan marah ar.

Ha, ni aku nk cita n bg tauladan la skit kt korangyg sedang bercinta gla2. Sebetulnya aku pun xdak la alim mcm pak imam pun, tp stakat hinder yg Allah xska 2 ada la. Menda ni pasal nafsu dalam cinta kita ni. Eh, kita plak, korang n pasangan korang masing2 la kan.

Di sini aku nak tegaskan tntg 1 ayat di dalm Al-Quran yg bermaksud “dan janganlah kamu menghampiri zina”. Bt pengetahuan korang suma la kan , bersentuhan antara lelaki yang bkn mahram itu adakah haram sama skali. No excuse k. korang bayangkan la Allah dah berfirman tentang zina ni haram. Haramnya zina ni smpai kita xdak alas an untuk mendekatinya walaupun waktu darurat.

Walhal sembahyang pun Allah masih bg peluang tuk hamba dia khado ataupun jamak n qasar. Tp zina, tiada alasan atau kata2 yg dapat menghalalkan zina itu. Dari sini kta dah boleh tgk dah, bertapa haramnya zina itu. Bkn sja berzina, dari ayat 2 dengan jelas telah dinyatakan, jangan kamu mghampiri zina. Jangan ckp berzina, HAMPIR pun dah xboleh. Ketahuilah kamu bahawa antara lelaki dan perempuan yg berduaan itu akan ada yg ketiga. Yang ketiga 2 syaitan nama diberi. Ha. Ingat 2.

Korang cakap, syg, cinta. Tapi penah x korang piker, dgn syg dan cinta 2. Tp penah x korang nyatakan rsa sebenar cinta n syg 2. Korang ckp ja pandaikan. Korang pernah sentuh x owg yg korang syg 2? Ha. 2 korang masing2 ja yg tahu jawapan dia kan. Korang sygkan pasangan korang, tp korang sentuh dia, bt yg bkn2 dgn dia. Smpaikan menda 2 boleh memudaratkan dia. Syg ka klu korang rosakkan dia, dah 2 korang tglkan dia. Syg ka 2? Aku taw, kdg2 kta ni tewas pada nafsu kan, tp 2 bkn cra kta nk nyatakan rsa syg dan cinta kta.

Bg perempuan pulak, korang ni mudah2 ja kan bg tubuh korang kt laki2 ni. Ingt cm2 ke lmbg seti korang. Ada korang taw ketentuan tuhan pada korang? Korang tahu ka siapa yg bakal menjadi pelindung dan imam korang 2? X kan. Jadi korang jangan la nk menginanyakan bakal imam korang, orang yg akan memegang tggjwab sbagai pemimpin korang. Klu btl diaowang 2 btl2 ska n nak korang, swoh ja diowg buktikan. Swoh diaowg jmpa mak bapak korang n bgtaw mak bapak korang dgn spa korang kawan 2. Ha, aku dah bt k..hee..green light g aku dapat. Hee..

N ingtlah korang, Allah dah ckp, jodoh yang baik untuk org yg baik. Dan sebaliknya. 2 bru kt dunia. Korang kna ingt, balasan Allah bkn hanya di dunia. Tp diakhirat juga. Bab kt dunia dlu, klu korang dah ter lampau ehem2 atau dah terlepas dari landas Allah, ingt, bahawa pasangan yg Allah sediakan pada korang 2 sma dgn korang. Malah, maybe lg truk. 2 hanya Allah yg tahu. Sbb jodoh, rezeki, dan maut kta Allah dah tentukan sejak azali lg.

Bla korang dihadapkan dimuka pengadilan diakhirat nt, Allah dah tentukan golongan apa yg korang akan join. Ada firman Allah yg bermaksud “aka nada golongan yg memakan daging busuk dah berulat sedangkan di sebelahnya ada daging yang halal”. Korang nk ka makan menda jijik cm2? Ha.. korang bayangkan, ada bangkai kucing n korang makan, padahal dalam rumah korang ada ayam kfc.

Itulah yang akan kta lalui apabila kta dah melakukan maksiat. Korang kna ingt taw, menda yg kita dapat dari maksiat 2 haram. Akan jd darah daging kta korang tahu x. hm.. aku harap, kita ni dihindari dari semua perkara diatas la kan. Klu adea diantara kta yg dah terlanjur atau dah melakukan perkara2 yg haram 2, mgkin dah tiba masa tuk kta pulang ke jalan yg benar. Dan ingatlah,” Allah akan membentangkan tangan Nya pada malam hari bagi menerima taubat orang yg berdosa pada siang hari, dan akan membentangkan tangan Nya pada siang hari bagi menerima taubat orang yang berdosa pada malam hari sehingga terbitnya matahari dari arah barat”. Disini kta fahamkan, yang Allah akan menerima taubat kita sepanjang hari, sepanjang masa, sehinggalah hari kiamat.

Aku harapkan kita akan jadi hamba Allah yang dibrkati oleh Allah, dah tergolong dalam orang yang dilindungi Allah.